Friday, March 03, 2017

Ubah Wang Haram RM2.57 Juta, Anak Syarikat Tabung Haji?


PETALING JAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE), anak syarikat Tabung Haji, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 5 pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM2.57 juta, 4 tahun lalu.
Pada sebelah pagi, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan membabitkan RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, selepas ia dibacakan di hadapan hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang tunai RM430,000 daripada Pengarah Syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad, hasil aktiviti haram di THHE Fabricators Sdn Bhd, B-23-1, Tower B, Menara UOA Bangsa, antara 2 hingga 4 petang, 27 Jun 2013.
Bagi pertuduhan ke-2, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama dengan menerima wang tunai RM570,000 daripada Pengarah Syarikat RL Offshore Sdn Bhd di Restoran Leaf Dining, No 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara antara 3 petang hingga 4 petang, 1 November 2013.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.
Selapas itu, Badli Munawir ketika dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melibatkan RM1.57 juta.
Untuk 3 pertuduhan itu, dia sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas itu didakwa menerima wang tunai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar, hasil aktiviti haram.
Tiga perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Oasis Square, Petaling Jaya, antara 2 Mei hingga 11 September 2013.
Hakim Asmadi Hussin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa cagaran dan penjamin mengikut Seksyen 387 (2) Kanun Prosedur Jenayah serta membenarkan semua kes itu dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac ini.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. #sumber


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

1 comment:

Unknown said...

Apa beza dgn pas yg masih lum saman sr n husam..puii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails