Wednesday, March 01, 2017

4 Anggota Ajaran Sesat Hizbut Tahrir M'sia Didakwa.



Abdul HAKIM (dua dari kiri), Sofian (kiri), Wan Noorul Hisham (dua dari kanan) dan Hishamudin (kanan) berada di luar Mahkamah Syariah Hulu Langat, Bangi selepas didakwa menghina dan bersubahat menghina JAIS semalam.



BANGI – Empat anggota ajaran sesat Hizbut Tahrir Malaysia didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat di sini semalam atas pertuduhan menghina dan bersu­bahat menghina pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan fahaman dan ajaran kumpulan itu, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh, Abdul Hakim @ Ramizu Othman, 47, Wan Noorul Hisham Wan Salleh, 35, Hishamudin Ibrahim, 45, dan Sofian Jahir, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Firdaus Mohed.
Mengikut pertuduhan, Abdul Hakim didakwa telah melanggar arahan Mufti Selangor yang dinyatakan melalui fatwa bertarikh 17 September 2015 iaitu fatwa kedudukan Hizbut Tahrir (2)(f) dengan cara mengadakan sidang akhbar yang disifatkan menghina pihak berkuasa agama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis bernombor 47-1, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini pada pukul 3.30 petang, 4 Disember 2015.
Abdul Hakim didakwa mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) nombor 9, tahun 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails