Friday, March 03, 2017

Denda Melacur Hanya RM3,000, Pesalah Tidak Serik. -PPMM, PGSM.

KL: SEORANG pelacur mengaku bersalah didenda hanya RM3000. Lepas itu seseorang di belakang pelacur itu membayarnya. Bayar sahaja, sebab malam nanti boleh kerja lagi ganti balik denda itu. Begitu mudahnya kisah pelacur di negara umat Islam Malaysia 

Bahkan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengakui hukuman denda yang dikenakan sekarang kepada pesalah jenayah syariah terlalu rendah membuatkan pesalah tidak serik untuk mengulangi kesalahan yang sama, seperti kisah yang disebut di atas.

"Saya rasa apabila denda RM3000 tidak dapat hindar kesalahan sebab boleh buat lagi kerana tauke duduk di belakang. Dia (taukeh) tidak boleh didakwa sebab dia bukan Islam," katanya di dalam Bicara Harakah di MyHarakah Bazaar hari ini.

Tegasnya, peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah amat perlu bagi memartabatkan undang-undang Islam meliputi akhlak dan iman di kalangan umat Islam.

Sementara itu, seorang lagi penalis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang juga mengakui denda yang dikenakan tidak akan memberi kesedaran dan kesilapan kepada tauke-tauke yang berada di belakang pesalah.

"Yang datang itu bukan atas kesedaran tetapi mengaku bersalah sebab hendak bayar denda, tidak mahu panjang cerita kerana kadar denda paling tinggi RM5000.

"Kalau mereka mungkin dalam keadaan tidak bersalah atau terperangkap supaya lalukan khalwat dan tahu tidak bersalah tetapi untuk pergi ke proses bicara akan mengambil masa lama dan kos lagi tinggi daripada membayar denda. Lebih baik bayar denda yang rendah dan membuat pengakuan bersalah," ujarnya.

Program Bicara Harakah yang bertajuk Pasca Himpunan 355, Syariah diperkasa rakyat sejahtera turut menjemput Exco Kelantan Datuk Dr Mohamed Fazli Hassan manakala moderatornya adalah Pengarah Institut Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof. (IH)

 Pelacur di Malaysia bebas, bayar saja. Pelacur politik lain pula?


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

5 comments:

Syazmall Wan said...

Kalau wat ru 355 pun bkn nya hukm islam ada ru 355..itu undang2 british...kalau pas nk beromen dgn umno g la german or belanda...

Syazmall Wan said...

Kalau wat ru 355 pun bkn nya hukm islam ada ru 355..itu undang2 british...kalau pas nk beromen dgn umno g la german or belanda...

Anonymous said...

2 kali suruh bentang ruu355 kat parlimen pun lobai hadi dah terkincit kincit mintak tangguh, takut nak jawab soalan. Last2 kumpul ramai2 kat padang merbok baru dia berani pegang microphone. Nak berdebat naik pentas sorang2? Mmg takde laa. Ni spesis ularmak gengster keling, bila ramai2 baru berani bersuara, bila sorang2 menikus.

An Anonymous said...

Masalahnya hanya segelintir mengaku Muslim tak nak terima hakikat bhw majoriti Muslim menyokong RUU 355. Mereka lebih risaukan tentangan oleh kafirun dan munafikun..

Syazmall Wan said...

Nk risau apa..kalau pota yg melanggar hak asasi manusia n undang2 yg anwar lawan tu pun bole digubal dan diluluskan knapa umno sebgai pemerintah takut nk laksanakan...knapa pas nk berkempen ru355...sedangkn tiada hadis pun yg menyokong ru355...,harap org pas jgn kene temberang dgn umno melainkn hj hadi mmng nk bersengkongkol dgn umno....dulu tahun 1999 pas menang kat ganu apa jd...sepengggal jer..bdk tadika jd mangsa...patut tambah guru agama jika taska x ikut syariat islam..bkn tutup srkolah..so begitu la ceteknya ilmu si hadi awang dlm hidup bermasyarakat...yg 90 juta pun senyap sepi jer...berani kerna benar...patut pas da saman sr jika dakwaan itu salah..rakyat atas pagar perhati gerak geri pas sekarang...x de satu pun isu rakyat ygvpas bawa n lawan...so semua itu menyatakan pas berkhalwat dgn umno se olah cite 90 juta itu benar.. fkrla pkai mata hati bkn guna siku lutut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails