Wednesday, March 01, 2017

Kes Kim Jong-nam, 2 Wanita Berdepan Hukuman Mati.












Sebahagian petugas media tempatan dan antarabangsa yang memenuhi Kompleks Mahkamah Sepang semalam selepas menerima desas-desus Thi Huong dan Siti Aisyah akan didakwa.

SEPANG – Dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un akan didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini.
Kedua-dua wanita itu, Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam dan Siti Aisyah, 25, yang merupakan warga Indonesia sebelum ini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan bermula 16 Februari lalu sebelum tempoh reman ke atas mereka berakhir hari ini.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan pihaknya telah mene­rima kertas siasatan berhubung kes berprofil tinggi itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
“Ya, kertas siasatan kes ini telah diterima dan kami akan meneliti kandungan faktanya. Kedua-dua wanita itu akan didakwa di mahkamah esok (hari ini) mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh,” kata beliau ketika dihubungi semalam. 
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails