Sunday, February 26, 2017

Rundingan Bahagi Kerusi Tanpa PAS -S/U PKR


AIDCNews – 25/02/17 –Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM tanpa melibatkan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
“Saya mewakili PKR dalam jawatankuasa perundingan kerusi, Datuk Seri Mukhriz mewakili Bersatu, Salahuddin mewakili Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.
“Kami menghadapi suasana (rundingan) yang cukup mesra dalam melihat 222 kerusi parlimen ini kita nak agih pada parti mana. Insya-Allah, sebelum pilihan raya, kita dapat selesaikan agihan kerusi dengan baik,” ujarnya pada ceramah perdana anjuran PAN di Parlimen Pokok Sena semalam.
Ceramah anjuran PAN turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar,lapor Malaysia Dateline.
Mahfuz berkata PAS perlu berjiwa besar untuk melakukan pusingan U dengan menghentikan permusuhan terhadap PAN dan DAP jika tidak parti Islam itu akan menerima padah pada PRU 14 nanti.
“Kalau PAS buat ‘U-turn’ terima Amanah, terima DAP, orang akan lihat inilah pengorbanan yang dilakukan oleh PAS. Itulah berjiwa besar.
“Jika tidak dilakukan, rakyat akan menolak PAS pada pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.
Dua hari lepas, BNBBC.my melaporkan Pakatan Harapan dan PPBM telah merancang membuat pembahagian kerusi di Selangor tanpa PAS.
“Menurut sumber kepada BNBBC.my news portal, pembahagian tersebut telah dipersetujui bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan untuk masing-masing.
“Namun perkara itu diselindungkan daripada PAS berikutan tindakan parti Islam itu yang dilihat masih bermain tarik tali untuk meneruskan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu,”lapornya.
Menurut BNBBC.my news, pembahagian kerusi di Selangor adalah; PKR (18), DAP (15), PAN (14) dan PPBM (9)
“Daripada jumlah tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 56 DUN dan tidak mempunyai baki langsung yang ditinggalkan untuk PAS.
“Ia sekaligus menjadikan PAS mungkin disisihkan daripada gabungan blok pembangkang tersebut dan Pakatan Rakyat bukan hanya tidak wujud di negeri lain malah gabungan pakatan di Selangor itu antara PKR, DAP dan PAS turut hancur di negeri itu.
“Selain itu, daripada maklumat tersebut ia juga menunjukkan PKR tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PAS,”lapornya lagi.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

3 comments:

Anonymous said...

Apa masalahnya... Kan PAS bukan ahli gabungan PH?

Anonymous said...

Aku rindu cerita² sex dari ko shim...

Anonymous said...

dah pas tak nak join bersama PH&Bersatu.. kesian pas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails