Tuesday, February 28, 2017

M'sia Paling Korup? Harimau Tua Itu Lebih Baik Bersara...

Hasil carian imej untuk dr mahathir harimau tua
PETALING JAYA: Setiausaha Akhbar Perdana Menteri membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia merupakan antara 10 negara paling korup di dunia.
Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan dakwaan bekas perdana menteri itu yang disifatkan sebagai 'harimau tua' sengaja mengeluarkan kenyataan itu demi kepentingan politik.
Hasil carian imej untuk dr mahathir harimau tua
"Hakikatnya Malaysia adalah negara ke-55 paling tidak korup di dunia seperti dipaparkan dalam senarai terkini Transparency International.
"Jelas sekali, Dr Mahathir sekadar berbohong atau tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan," kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016 yang dikeluarkan oleh Transparency International baru-baru ini, Malaysia berada di kedudukan ke-55 daripada 176 negara.
Malah, Tengku Sariffuddin mempertikaikan tindakan Dr Mahathir yang kini bersekongkol dengan musuh khususnya, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
"U-turn sebegini oleh Dr Mahathir amat menghairankan. Dulu Kit Siang dikatakan sebagai ancaman kepada Melayu tetapi kini tidak pula. Dulu dikatakan liwat adalah satu jenayah, kini diterima pula. Adakah harimau ini yang sudah lanjut usianya semakin keliru?" soal Tengku Sarifuddin.
Jelas beliau, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang berpaling daripada pendiriannya sebelum ini dengan duduk semeja bersama pembangkang dan gemar mencipta isu memburukkan negara berdasarkan laporan media barat.
Justeru, beliau berkata realiti ketika ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak mahu lagi mempercayai kata-kata dikeluarkan bekas perdana menteri itu.
"Kata-katanya amat memalukan, sama ada dia berbohong demi kepentingan politik atau sudah nyanyuk sepertimana yang dititahkan Sultan Johor.
"Harimau tua ini lebih baik bersara sepenuhnya," katanya.


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

3 comments:

Anonymous said...

Najib dan leboi2 PAS yang sepatutnya bersara kerana menghalalkan setiap perbuatan Najib dan Rosmah dalam merompak dan mencuri duit negara dan rakyat.Kalau PAS betul2 nak bersihkan negara dari rasuah dan salah guna kuasa pemimpin kerajaan, mereka perlu menjauhkan diri dari BN dan UMNO. Sebaliknya PAS jelas bersubahat dengan Najib dalam melakukan kejahatan dan mengakibatkan penderitaan rakyat.PAS sebenarnya hiporkit dan bebal otaknya.

Anonymous said...

Anda mahu kaya,mahu pangkat dan berkuasa,mahu muka comel dan hensom.Semua boleh jadi kenyataan sekiranya anda sudi Berjumpa degan Najib dan Rosmah.Tapi jangan lupa masuk parti PAS ya. He...he...he...

Anonymous said...

Marah sgt dengan PAS..ini mesti penyokong PAN Si khadam DAP tu...kahkahkah..cakaplah apa pun, kami tetap sokong PAS selagi PAS Memperjuangkan islam. Saya doakan tuan diampunkan Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails