Wednesday, March 01, 2017

Tak Mustahil Pas Rampas Malaysia’

‘Tak mustahil Pas rampas Malaysia’
Mohd Amar pada ceramah umum dan isu-isu semasa di Kampung Pangkal Jenereh, kelmarin.

MACHANG - Pas sedia bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU14. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan pertembungan lebih dua penjuru.

"Kita bersedia, kita akan lawan. Dua penjuru, tiga penjuru, malah lima penjuru pun kita tetap lawan. Kita bukan agah (sombong) tapi perjuangan dan matlamat kita jelas.

"Malah melalui kajian dibuat, peluang pas cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia. Yang penting, kita kena istiqamah dan yakin dengan kuasa ALLAH SWT," katanya ketika menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di Kampung Pangkal Jenereh, di sini, malam, kelmarin.

Turut hadir, Adun Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim.

Tegas Mohd Amar, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu. Katanya, dakwaan parti tertentu mengenai kerajaan perpaduan tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas bagi menjatuhkan Pas semata-mata.

"Tuduhan tersebut bertujuan memburukkan-burukkan Pas dan menarik sokongan kepada parti mereka, sedangkan kerajaan gabungan itu tidak pernah dibincangkan.
"Pas tetap terus menjadi alternatif dan pesaing utama kepada Umno BN pada PRU akan datang. Kita akan lawan," katanya.(SH)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

7 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2017/02/27/dap-anti-islam-bila-kit-siang-mahu-saman-hadi/

DAP Anti Islam : Bila Kit Siang Mahu Saman Hadi

AIDCNews – 27/02/17 –Setelah sebulan Lim Kit Siang mengertak mahu menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan isu DAP anti Islam, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan Penasihat DAP itu.

“28 Februari 2017….genap satu bulan ancaman saman kalipah Lim Kit Siang terhadap Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang isu ‘DAP anti-Islam’…soalan kami, bila nak saman?,” soal Ibnu Noor dalam Facebook hari ini.

Ibnu Noor berkata jika berdasarkan kaedah PAN, tindakan Kit Siang yang tidak mahu menyaman Abdul Hadi itu bermakna tuduhan DAP anti Islam adalah benar.

“Ingat sifir PAN, kalau tak saman maknanya betul…,”katanya lagi.

Anonymous said...

Jangan bermimpi di siang harilah PAS,dah terima duit najib mulalah lupa kawan dan berlagak sombong.Nik Aziz dah tak ada,kemungkinan besar PAS akan kalah banyak kerusi adalah satu yang kenyataan.

Anonymous said...

Kah kah kah....bodo lebai pas pis alas pintu

Anonymous said...

Mudah mudahan Allah memberi kekuatan kepada pas. Yang pastinya apa yg saya suka dgn pas ini, mereka istiqomah, bekerja amat kuat memperjuangkan kebenaran dan keindahan Islam. Namun tetap redha dgn apa shj keputusan qadaq dan qadar samada memang atau kalah.

Jika manalah tahu ditakdirkan Allah pas berjaya menjejakkan kaki didalam kerajaan pusat, maka diharapkan pas buatlah pembaharuan didalam mentadbir. Jagalah amanah rakyat.

Kalau dapat world clock debts tu pas berjanjilah akan selitkan dipaparan skrin tv 24 jam. Itu indikasi penting pentadbiran dan penggunaan wang. Apabila rakyat semua melihat betapa banyaknya interest meningkat setiap saat diskrin tv itu, rakyat mungkin akan bersama membantu berusaha kearah mengurangkannya. Rakyat faham hutang itu bukanlah perbuatan kerajaan yg baru tapi peninggalan kerajaaan yang lama. Rakyat mungkin akan faham jika terdapat beberapa cukai yg tidak boleh dibatalkan dengan segera. Tapi dengan syarat screen hutang itu menurun dengan disaksikan bersama sama jutaan rakyat.

Pas juga perlu proaktif dlm MENCEGAH rahsuah dikalangan pemimpinnya. Pas buatlah satu badan khas underground utk monitor pemimpin2 mereka. Badan khas ini tdk dikenali dan membuat penyamaran sbg businessman atau pelobi2 project. Bukan bermaksud tidak percaya kpd pemimpin2, tapi iannya untuk mengelakkan pemimpin2 drpd terjerat dgn umpanan kemewahan dunia yg terdedah didalam kuasa pemerintahan... Mencegah itu lebih baik.

Tapi dengar2 orang cakap team underground ini memang sudah ditubuhkan dlm pas. Wallauhualam. Tak tahula betul atau tak. Tapi kalau betul ada alhamdulillah...

Anonymous said...

Lebai2 parti agama ni kurang daya intelek tapi berangan tinggi... Nk tawan Malaysia konon!!!

Ada seorang menteri nikah kawin tu lagi la hebat, juga lebai parti agama, katanya lafaz taklid tu sebelum akad nikah... Ketawa aku mendengar nya.

Jadi, kita leh tau la daya intelek lebai2 ni...tk tinggi. Munasabahlah sungguh la kerana taraf intelek penyokong mereka pun sama!!

Anonymous said...

Dengar cerita, exco Agama negeri serambi Mekah tak habis belajar di universiti al Azhar. Tapi bila bercakap, macam dah ada phd, rupa2nya ijazah pertama pun tak lepas lagi. Agaknya dia ni sebenarnya BALA yang Allah turunkan di Kelantan.

Anonymous said...

Alhamdulillah...semakin teruk Pas diasak oleh kumpulan liberal, semakin meningkat kepercayaan rakyat. Syukur alhamdulillah..segala rahmat bagi Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails