Saturday, March 04, 2017

Rogol Beramai-ramai, 4 Tentera Sudan Ditahan.


EMPAT tentera Sudan Selatan disyaki memukul dan merogol orang awam dirantai bersama-sama selepas mereka ditangkap di ibu negara Juba. - Foto Reuters 

JUBA: Empat tentera Sudan selatan ditahan berhubung kejadian rogol beramai-ramai membabitkan berpuluh wanita dan seorang remaja di sebuah kampung bulan lalu, kata jurucakap tentera, hari ini. 

Kejadian berlaku di Kubi, kira-kira 40 kilometer di selatan Juba ketika tentera menyerbu sebuah kampung untuk mencari suspek disyaki membunuh jeneral tentera oleh kumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali. Media tempatan melaporkan tentera mengamuk, merogol dan mendera sekurang-kurangnya 11 wanita termasuk seorang gadis berusia 13 tahun. 

"Siasatan sudah selesai dan empat pegawai Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA) sudah ditangkap," kata jurucakap Brigadier Jeneral Lul Ruai Koang. 

Seorang suspek yang ditahan adalah komander yang dituduh melakukan serangan seksual tetapi tidak berdepan tuduhan merogol manakala seorang lagi suspek yang ditangkap, melarikan diri dari pusat tahanan. 

Koang berkata, ketiga-tiga yang dituduh merogol telah dikenal pasti oleh mangsa melalui kawad cam. - AFP


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails