Wednesday, March 01, 2017

Agihan Kerusi HARAPAN PRU14: PPBM Gagal Hadir Mesyuarat Pertama



KUALA LUMPUR: Pusingan pertama mesyuarat agihan kerusi Pakatan Harapan hari ini diadakan tanpa kehadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandingi pada PRU14.


"(Mereka) belum lakukan penyelidikan di kerusi yang mereka mahu bertanding," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Malaysiakini.

Beliau ditemui selepas mesyuarat diadakan di ibu pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) di sini hari ini.

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya) sepatutnya menyertai mesyuarat seperti yang dirancang, katanya.

"Tetapi dalam komunikasi terakhir dengan Mukhriz, beliau memberitahu saya bahawa BERSATU (PPBM) memerlukan lebih banyak masa untuk mengenal pasti kerusi, dan perkara itu telah diserahkan kepada Abdul Rashid," katanya.

Walaupun begitu, beliau berkata HARAPAN memutuskan untuk meneruskan rundingan kerusi antara parti yang telah menjalankan kajian mereka dan telah mencapai beberapa kemajuan. (TKO)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails