Thursday, March 02, 2017

Peguam Tukar Kerjaya Jadi Pelacur, Tak Heran Kerana ...



SEORANG peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan berkenaan bagi memulakan karier baru, iaitu sebagai pelacur.
Claudia de Marchi, 34, telah memulakan perkhidmatan yang menyediakan seks kepada ahli politik serta usahawan kaya dengan bayaran £150 sejam.
Ironinya, dia berbuat demikian dengan alasan tidak sanggup lagi berada dalam `dunia lelaki’ ketika menjadi peguam tetapi sanggup pula memuaskan nafsu lelaki sambil mendapat bayaran sepanjang hari.
Claudia juga mendakwa keputusan yang dibuatnya itu adalah yang terbaik pernah dilakukan dan turut memperolehi pendapatan £100,000 pada tahun lepas, iaitu melebihi pendapatan yang diperolehi ketika menjadi peguam.
Walaupun kebanyakan pelacur enggan mendedahkan diri sendiri, namun Claudia berbangga untuk melakukannya dengan alasan dia telah berjaya mencapai apa yang diinginnya.
Bukan itu sahaja, ibunya yang berusia 64 tahun turut memberikan sokongan dan turut menetap bersama anaknya itu.
Cláudia, menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang pada 2005 dan menjadi peguam selama 11 tahun, dengan mengkhusus dalam perlembagaan Brazil.
Dia turut menjadi pensyarah undang-undang perlembagaan di sebuah universiti, namun emudiannya mendakwa bosan dengan kariernya.
Wanita ini juga telah bercerai selepas hanya setahun berkahwin dan turut digugurkan daripada jawatan pensyarah disebabkan ego `seseorang’. Keadaan ini menyebabkan Claudia memikirkan semula mengenai pencapaian dalam hidupnya.
Pada bulan April tahun lepas, dia telah menawarkan seks untuk pertama kalinya dan kemudian berpindah ke Brasilia untuk memulakan kerjaya sebagai pelacur.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak hairan, kerana apabila matlamat hidup sudah terfokus kepada 3 perkara atau '3 ta' ini..
  • Harta (kekayaan)
  • Tahta. (kekuasaan)
  • Wanita (atau lelaki).
Matlamat inilah yang disemaikan dalam pemerintahan kerajaan sekular seperti negara Malaysia ini, 'asal dapat duit tidak peduli halal-haram' atau perundangan lagi. 

Ditarbiahkan dari pemerintah, turun kepada masyarakat dan keluarga, hingga kepada individu. Tidak kira samada rakyat Islam atau non Muslim. Maka lahir penyakit sosial seperti ingin dapat duit mudah dan sesuai dengan nafsu menjadi pelacur, rasuah di kalangan pemimpin samada kerajaan atau pembangkang (boleh juga disebut pelacur politik), pecah amanah dan sebagainya.
(IH)


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

2 comments:

Anonymous said...

Nak kira apa Ibn Hasyim. Kat Malaysia ada dari Hero rakyat bertukar jadi khadam Ahok Penang demi Dedak yg turun dari langit

Unknown said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR MBAH SUJARWO,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI MBAH SUJARWO DAN AKHIRNYA MBAH SUJARWO MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA MBAH SUJARWO SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN MBAH SUJARWO …
BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA
SILAHKAN HUBUNGI MBAH SUJARWO DI:0823-2424-4298
SELENGKAPNYA KLIK-> http://sitogelsgp.blogspot.com Atau { KLIK-DISINI }

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails