Thursday, March 02, 2017

2 Bekas Bos Felda Didakwa Rasuah


KUALA LUMPUR – Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) termasuk seorang bergelar Datuk didakwa ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan pecah amanah dan bersubahat berkaitan dana berjumlah RM47.6 juta tiga tahun lalu.
Bagaimanapun Muhammad Sufi Mahbub, 53, yang merupakan bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) Felda dan bekas pengarah besarnya, Datuk Faizoull Ahmad, 57, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.
Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Sufi didakwa pecah amanah dengan meluluskan pembayaran RM25,999,000 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dengan memasuki perjanjian “Technology Transfer And Supply Agreement” (TTSA) dengan I2c Hassed (M) Sdn. Bhd. melalui Felda Caviartive Sdn. Bhd.
Seterusnya, tertuduh didakwa atas kesalahan sama dengan jumlah RM21,625,500 dengan memasuki perjanjian “Design-Build Contract Agreement (DBCA) dengan I2c Hassed (M) Sdn. Bhd. yang merupakan pertuduhan kedua.
Jumlah dana bagi kedua-dua pertuduhan itu ialah RM47,624,500.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara 13 Januari hingga 23 Julai 2014 di Bangunan Wisma Felda di Jalan Perumahan Gurney di sini. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails