Thursday, March 02, 2017

Tun M, Kit Siang Dayus, Tak Berani Tanya Raja Salman. -Ramesh Rao


Ramesh Rao Krishnan Naidu
KUALA LUMPUR – Dua pemimpin utama parti pembangkang dilabel dayus kerana didakwa gagal mengambil kesempatan bertanyakan isu wang derma RM2.6 bilion sempena kedatangan Raja Arab Saudi ke Malaysia.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, kedua-dua mereka itu ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Raja Salman (Abdul Aziz Al Saud) dari Arab Saudi ada selama empat hari di negara ini sejak Ahad lepas, kenapa Mahathir dan Kit Siang tidak mahu pergi menghantar memorandum bertanyakan soal itu (wang derma RM2.6 bilion) kepada baginda?

“Mengapa berdiam diri dan ini menunjukkan kedua-dua mereka boleh digelar sebagai dayus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum itu, kedua-dua mereka antara pemimpin pembangkang paling banyak mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penipu dalam isu yang sama sejak kebelakangan ini.

“Mereka (Mahathir dan Kit Siang) sebelum ini membuat tuduhan dengan berani untuk menarik sokongan dan menyemai kebencian rakyat kepada kerajaan ketika Raja Salman tidak berada di Malaysia,” katanya lagi.

Ramesh meramalkan kedua-dua mereka itu tidak menyangka Raja Salman akan hadir ke Malaysia membuat lawatan rasmi dan membuat beberapa komitmen besar di negara ini sebagai menandakan betapa eratnya hubungan antara kedua-dua negara.

“Mereka jadi terkejut dan takut apabila baginda berada di sini dan amat akrab dengan Najib.

“Mereka tidak menyebut pun nama Raja Salman sebaliknya Mahathir secara sinis memperlekehkan lawatan itu serta menuduh ada tetamu negara yang sanggup menipu bersama-sama dengan Najib,” ujarnya.

Tambah Ramesh, orang ramai sudah tidak mempercayai Kit Siang dan Mahathir selepas kegagalan mereka yang hanya menimbulkan persepsi bukan dengan cara mendapatkan penjelasan sendiri daripada Raja Arab Saudi ketika mereka berada di negara ini.

Kit Siang dan Mahathir sebelum ini mempersoalkan isu berkaitan 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang didakwa datang dari sumber yang tidak diketahui.-MalaysiaGazette.

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

6 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/01/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/

Ridhuan Tee bawa hujah DAP anti-Islam

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.

“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.

Anonymous said...



http://www.ismaweb.net/2016/03/kata-pedang-dap-tetap-anti-islam-walau-berkawan-dengan-tun-m/

KATA PEDANG: DAP tetap anti-Islam walau berkawan dengan Tun M

PUAK ultra kiasu anti-Islam tetap anti-Islam biarpun dengan siapa mereka berkawan hatta negarawan.

Pemimpin rasis dan cauvinis Lim Kit Siang sanggup membuat kenyataan tidak pernah membenci Tun Dr Mahathir semata-mata ingin duduk sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

Umum mengetahui Tun Dr Mahathir menolak kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak atas alasan skandal kewangan berbilion ringgit menerusi syarikat pelaburan 1MDB tapi ia masih belum berjaya dibuktikan dan didakwa di mahkamah.

Keadaan berbeza bagi parti tak tahu malu DAP yang menolak Najib bukan hanya kerana berada di posisi pembangkang, bahkan mereka juga entiti anti-Islam yang membenci setiap usaha Islamisasi oleh pihak kerajaan yang diketuai Najib.

Mereka mahu Najib jatuh, pemimpin Melayu berpecah belah, dan akan lahir keadaan yang akan memberi kelebihan kepada DAP menguasai tampuk kepimpinan negara.

Keadaan ini adalah lebih bahaya dan mudarat kepada negara berbanding keadaan hari ini.

Meminjam kata-kata Prof Dr Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini, apa jaminan yang ada jika Najib berundur? Siapakah yang akan menggantikan? Adakah DAP hanya duduk diam tanpa merancang sesuatu yang jahat untuk Islam dan orang Melayu?

Berdasarkan rekod lampau sedia ada, orang Melayu tidak harus bekerjasama langsung dengan DAP dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Anonymous said...



http://www.ismaweb.net/2016/01/dap-akan-hilang-undi-melayu-jika-terus-anti-islam/

DAP akan hilang undi Melayu jika terus anti-Islam

SHAH ALAM, Isnin – Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong meramalkan parti rasis dan cauvinis, DAP akan kehilangan pengundi Melayu sekiranya mereka terus menunjukkan imej anti-Islam.

Katanya, mereka bakal kehilangan undi pada PRU14 jika tidak berusaha untuk mengikis imej anti-Islam yang ditonjolkannya khususnya terhadap dasar-dasar Islam termasuk hudud yang dibawa oleh PAS.

“Walaupun DAP kata mereka tidak anti-Islam, tetapi tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh ditafsirkan sebagai anti-Islam.

“Kita tahu hudud itu sebahagian penting dalam Islam, kalau menentang hudud, maksudnya menentang Islam.

“Orang Islam mana kata hudud itu tidak baik, sebab dalam Islam, hudud itu perlu diterima sebagai sebahagian daripada agama dan ajaran Islam. Begitu juga MCA dan Gerakan, bila mereka menentang hudud itu, mahu atau tidak mereka juga kelihatan menentang Islam,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian mengulas dilema yang dihadapi DAP dalam usaha mengekal dan meraih sokongan undi orang Melayu selepas mengisytiharkan PAS sebagai musuh politik.

Ia berlaku apabila DAP konsisten menentang dasar Islam yang dibawa parti itu khususnya untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Susulan itu Dr Kok Seong berkata, pemimpin DAP perlulah menggunakan bahasa dan tingkah laku yang mesra orang Islam jika tidak mahu kehilangan lebih sejuta undi Melayu dalam PAS.

“DAP jangan kelihatan sebagai anti-Islam. Tindakan DAP melalui kepimpinan tertingginya dalam hal hudud tidak disenangi oleh orang Melayu apatah lagi cara bahasa dan tindakan digunakan itu semua tidak berlapik.

“Sedangkan orang Melayu tidak suka bahasa yang secara langsung itu, harus berlapik, mereka tak akan kata curi, mereka kata tangan panjang, orang Melayu ini lebih sopan, menjaga perasaan pihak satu lagi, kias, bersifat konfrontasi bahasa itu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, hukum hudud merupakan isu yang begitu dekat dengan hati orang Melayu Islam.

Jadi permusuhan DAP terhadap ajaran Islam dilihat tidak mengambil kira sensitiviti orang Melayu yang majoritinya beragama Islam dan dalam kalangan ahli tegar PAS.

“Kalau DAP jadi parti pelbagai kaum, terutamanya yang boleh disenangi orang Melayu, jadi cara kepimpinan DAP dalam menangani hal-hal Melayu terutamanya Islam itu perlu ada perubahan.

“Jangan begitu agresif hingga kelihatan anti-Islam. Ini sudah tentu merugikan DAP dari segi sokongan orang Melayu dalam Pakatan Harapan, kali ini mereka mengharapkan sokongan daripada PAN,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/11/dap-guna-pendekatan-anti-islam-anti-melayu-dr-zuhdi/

DAP guna pendekatan anti-Islam, anti-Melayu: Dr Zuhdi

BANGI, Isnin – Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat parti rasis dan cauvinis DAP mengamalkan pendekatan anti-Islam dan anti-Melayu bagi memaksimumkan kemenangan calon bukan Islam untuk menguasai Malaysia.

Pengarahnya, Dr Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan hari ini berkata, DAP masih mengamalkan pendekatan yang sama ketika berada dalam pakatan rakyat dengan menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam, mengobarkan sentimen anti-Melayu dan lain-lain.

“PPP melihat strategi ini adalah untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.

“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka.

“PPP yakin bukan sahaja pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini,” katanya.

Ketika mengulas desakan parti rasis itu kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya menyingkirkan Exco PAS, Dr Zuhdi berkata pimpinan DAP makin menyerlahkan kerakusan mereka untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dan beberapa individu Melayu yang menyertai DAP.

“Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor jelas membelakangkan PAN yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.

“Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH,” katanya.

Dr Zuhdi turut menasihatkan DAP menerima realiti akar umbi sejarah, latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah membentuk struktur sosial dan tatacara politik Malaysia untuk menjamin keharmonian masyarakat dan kestabilan politik dalam negara ini.

“Kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina, justeru PPP berkeyakinan rakyat akan menolak DAP dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails