Wednesday, March 01, 2017

Tun M Lupa Nasihat Dia Kepada Saya -Dr Rais Yatim


TAN Sri Dr Rais Yatim. - Foto Luqman Hakim Zubir 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menasihatkan beliau supaya menjauhi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang apatah lagi bekerjasama dengan pemimpin DAP itu. 

Rais yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46 (S46), berkata Dr Mahathir meminta beliau tidak bekerjasama dengan Kit Siang pada 1993. 

Bagaimanapun katanya, kini bekas Perdana Menteri itu yang bekerjasama dengan Kit Siang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). 

"Pada 1993, S46 dan DAP adalah sekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tun Mahathir jumpa saya dan minta jangan bersekongkol dengan DAP kerana Kit Siang anti-Melayu dan Islam. 

"Kini beliau pula bersekongkol dengan Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Saya mahu tanya, adakah Tun Mahathir lupa nasihat dia kepada saya, " katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang Media Penganjuran Kongres Budaya 2017, di Bilik Mesyuarat Pejabat Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, di Plaza Sentral, hari ini. 

2 comments:

Anonymous said...

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/04/kit-siang-no-1-racist-says-dr-m/

Kit Siang No 1 racist, says Dr M

PERMATANG PAUH: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad launched a blistering attack on DAP, calling it a racist party and labelling its veteran politician Lim Kit Siang as “number one racist”.

He also said that PKR de facto leader Anwar Ibrahim and Islamist party PAS are destroyers of Malay unity in the country.

He said the DAP led by Kit Siang adopted a “Malaysian Malaysia” political theme from Singapore’s PAP, merely to unsettle Chinese-based MCA.

He said the DAP used its “Malaysian Malaysia” battle cry to defeat and replace MCA as Chinese representative party.

He added that the DAP has made all of sorts of demands for the Chinese and instigated the Chinese to hate the Malays.

Mahathir said Lim wanted meritocracy to ensure Chinese would get all.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/mahkamah-tolak-permohonan-sis-cabar-fatwa-sesat-menyeleweng/

Mahkamah Tolak Permohonan SIS Cabar Fatwa Sesat, Menyeleweng

KUALA LUMPUR, Jumaat – Sisters In Islam (SIS) hari ini gagal dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memfatwakan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng.

Penolakan permohonan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah yang mengatakan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa kerana ia tertakluk di bawah undang-undang Islam dan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Ketika membuat keputusan itu, beliau berkata, Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung apa-apa perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa tidak memberikan relif oleh pemohon, saya tidak menyentuh mengenai merit,” katanya.

Hanipah berkata, walaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak memperuntukkan mahkamah sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

“Ia adalah bagi penggubal undang-undang untuk memperuntukkan remedi,” katanya.

Pada 10 Disember 2014, SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendapat kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad untuk memulakan semakan kehakiman.

Hari ini, mahkamah mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails