Sunday, February 26, 2017

Dakwa RUU355 Langgar Syariah? Dimuat Di Blog L/Kit Siang..



OLEH 
AHMAD AMZAD HASHIM

 TIBA tiba sahaja Free Malaysia Today menerbitkan artikel 'Usul Hadi Langgar Syariah, Kata Bekas “Pakar JAKIM” bertarikh 25 Februari  2017 yang memuatkan pandangan seorang yang bernama Nurul Haq Shahrir yang dijenamakan sebagai seorang 'pakar'. 

Sepantas kilat hari yang sama juga tulisan itu dimuatkan dalam Blog Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.  Malah sempat artikel yang panjang lebar  itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dalam masa sehari sahaja. Begitu bersungguhnya! 

Pakar berkenaan dikatakan salah seorang ahli panel 'transformasi undang undang Islam' di bawah Majlis  Dakwah Negara.  

Majlis Dakwah Negara ini salah satu organisasi di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,  YADIM.  

Saya telah cuba mencari apa apa maklumat di alam maya jika pernah memuatkan apa apa tentang individu yang bernama Nurul Haq Shahrir yg mendapat perhatian  istimewa dari Lim Kit Siang ini. Malangnya tiada.

Tinjauan ke laman Majlis Dakwah Negara juga tidak menemui namanya. Maka tidaklah boleh kita menganggap pandangannya mewakili Majlis Dakwah Negara. Malah beliau disebut 'Bekas Pakar JAKIM' menunjukkan beliau bukan lagi seorang kakitangan dari JAKIM. 

Malah pandangannya bahawa RUU 355 melanggar syariah adalah sangat pelik, ganjil dan bercanggah  dengan pendirian JAKIM,  YADIM malah Majlis Dakwah Negara sendiri.

YADIM melalui artikel di laman rasminya bertajuk antara lain "Pindaan Akta 355 tak rampas hak penganut agama lain”, "Pindaan Akta 355: Usaha Mengangkat Martabat Mahkamah Syariah" dan "Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pandangan" adalah jelas menegaskan pendirian YADIM yang merupakan induk kepada Majlis Dakwah Negara berhubung soal Pindaan Akta 355.

Dalam satu artikel di laman Islam dan Melayu bertajuk "Majlis Dakwah Negara Syor Kerajaan Laksana Undang Undang Jenayah Islam" memuatkan  pandangan Pengerusi  Majlis Dakwah  Negara  sendiri, Prof.  Emeritius Dato' Dr.  Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 

Laman Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  menyiarkan penjelasan pelbagai persoalan  tentang RUU 355, yang memuatkan soal jawab oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memberi faham kepada rakyat  mengapa RUU355 perlu disokong. 

JAKIM sendiri terlibat aktif dalam siri penerangan berhubung Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua mufti negeri negeri dan wilayah di Malaysia kecuali Mufti Perlis menyatakan sokongan kepada Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua NGO berkait profesion kehakiman syariah, pegawai mahkamah,  para peguam muslim,  peguan syarie mendokong pindaan Akta 355.

Tiba tiba nama yang tidak dikenali yang membawa pandangan ganjil yg bermaksud "Pindaan Akta 355 Langgar  Syariah" yang dilonjakkan dan diberi publisiti oleh Free Malaysia Today dan sepantas kilat diterjemahkan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama dimuat naik ke blog Lim Kit Siang,  Pengerusi DAP, ketika umat Islam semakin mengenali sikap DAP yang anti kepada usaha memperjuangkan Islam. 


Siapa yang songsang sebenarnya sekarang? 


Lapor HARAKAHDAILY 26/2/2017

6 comments:

Anonymous said...

Apa dikata oleh DAP adalah halal dan Toyibbah. Itulah ungkapan Khadam2 PANipu

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/01/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam


KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam
January 29, 2017 Berita Utama, Kata Pedang, Utama 3

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous said...

Pas dah jadi pengamal Assobiyah.. dulu kita hafal hadis mengenai assobiyah yang biasa didengar diceramah pas.. masa tu panas.. sekarang terbalik..

Anonymous said...

Mana pegi balaci pan ni...komen sikit isu ni..anon 7:09 mati akal kluar tajuk assobiyah pulak..

Anonymous said...

10.13 pm.. awak tak sedar ke yang hari2 awak asyik cerita pasal assobiyah.. tengoklah 3 komen diatas tu..

Anonymous said...

Anon 7:09...klu tak tau makna dan kefahaman ttg assobiyah jgnlah nak bercakap ttg assobiyah. ....bykkkan membaca, selain membaca tingkatkan juga kefahaman. Then barulah berhujah atau beri pandangan. Untung kamu tak dimalukan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails