Thursday, March 02, 2017

Kes Dr Zakir Naik Menurut Harakah..


SEAKAN menjadi sunnah dalam perjuangan para Nabi dan Rasul alaihimussalam berdepan tuduhan sebagai pendusta, ahli sihir, gila dan pemecah belah masyarakat lantaran seruan mereka kepada mentauhidkan/mengesakan Allah.
Mereka dihalau dari kampung halaman, dihalang memasuki negara orang, malah dengan cara yang kejam seperti Nabi Muhammad SAW yang dilontarkan batu sehingga berdarah ketika mahu masuk ke Taif.
Sebahagian Nabi dibunuh seperti perlakuan Bani Israel yang membunuh Nabi-nabi dari kalangan mereka.
Usaha yang sabar berjaya mengislamkan sebahagian, manakala sebahagian besar yang lain tetap tidak mahu beriman sekalipun mereka tewas apabila berdepan hujah yang benar, malah ditunjukkan mukjizat kenabian yang tertentu.
Pahala membawa manusia kepada Islam sangat besar. Jika satu orang menjadi Islam kerana usaha kita, Allah janjikan ganjaran begitu besar. Ini pula ribuan yang menjadi Islam oleh usaha para nabi.
Zakir Naik mengajak manusia kepada Islam dengan jalan menghujahkan secara terbuka dan ilmiah. Beliau membenarkan orang menyoalnya dan dia memberikan jawapan. Dia tidak memaksa bukan Islam hadir ke majlisnya, tetapi memberi layanan baik kepada yang sudi hadir. Beliau tidak memaksa orang menerima jawapannya. Beribu orang menjadi Islam oleh usaha beliau.
Ada yang menuduh Zakir Naik tidak patut membandingkan agama. Tetapi tugas semua pendakwah mengeluarkan manusia daripada kesesatan. Untuk berbuat demikian sudah tentu seorang itu perlu menjelaskan perkara yang benar dengan perkara yang salah. Yang lurus dengan yang sesat.
Nabi Ibrahim a.s pernah sampai menggantungkan kapak di patung berhala yang paling besar sehingga ditanya oleh kaumnya siapa yang telah pecahkan semua patung berhala yang ada di keliling patung yg terbesar itu?
Maka dijawab oleh Nabi Ibrahim "Tanya lah berhala yang besar yang ada kapak itu?
"Lalu dijawab kaumnya mustahil patung itu berbuat demikian kerana ia tak boleh buat apa apa kerana cuma patung.
Dibidas oleh Nabi Ibrahim, "makanya kenapa kalian menyembah patung yang tidak boleh berbuat apa-apa? "
Zakir Naik dituduh mengganggu keharmonian, memecah belahkan mesyarakat.
Tidakkah sama seperti yang dituduh kepada para Nabi?
Naudzubillah, tetapi kelihatannya jika Siti Kasim, Asiah Jalil dan 'Mujahidin" itu berada pada zaman Rasulullah SAW, mereka bagaikan berada di baris hadapan dalam kelompok menghasut masyarakat membenci Nabi atas alasan menggugat keharmonian, memecahbelahkan rakyat .
Orang Islam yang sejati mempertahankan Zakir Naik.
Malah saya sendiri ingin sekali menjadi Zakir Naik.
Kami semua adalah Zakir Naik! – HARAKAHDAILY 2/3/2017

5 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/04/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/

Gelar Dr Zakir Naik ‘Setan’, DAP Serlah Wajah Sebenar Musuhi Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.

Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.

“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.

“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.

“Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?

“Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai “Satan” dan kemudian edit status anda?

“Baling batu sembunyi tangan… Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?,” soalnya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/

Ridhuan Tee bawa hujah DAP anti-Islam

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.

“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.

Anonymous said...

Itu pandangan peribadi dia bodo..org hindu mana pun klu org banding agama diaorang waima hindu mic atau mca sekalipun akan marah..adakah itu mencerminkan parti diaorg? Ko ingat hindu mic atau mca x marah ke? Bodo punya statement bila main pukul rata punya mentaliti..

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan liberal yang bersikpa perkauman dan biadap telah menghina Perlembagaan Malaysia perkara 3(1) apabila mereka menghina, memfitnah dan menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran agama Islam. Bukti terbaru ialah musuh-musuh Islam sedang bekerjasama memfitnah Dr Zakir Naik untuk menghalang beliau dari melaksanakan program dakwah Islam untuk umat Islam di negara ini.

Di Jakarta terdapat satu Ahok. Malangnya di negara ini terdapat ramai 'Ahok' yang bebas menghina Islam dan menafikan hak umat Islam ! Mengapa pemimpin negara tidak mengambil tindakan ke atas 'Ahok-Ahok' ini?

Marilah kita semua membuat laporan polis kerana tindakan musuh Islam menghina Islam ini boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini. Adakah pihak berkuasa dan musuh Islam mahu melihat umat Islam keluar beramai-ramai di jalanraya mengutuk musuh Islam dan ahli politik yang melindungi musuh Islam ?

Anonymous said...

Puak sekuler libral semakin kepanasan dan semakin rancak menyerang agama islam mereka dibantu oleh puak2 munafik berpegang teguhlah kita pada agama allah mohon kepada allah moga puak2 mereka diberi hidayah dan menjadi umat islam yang taat pada agama islam ameeen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails