Sunday, February 26, 2017

Oh, Ini Luahan Hati Melayu Singapura..


komiMuslim Cyber Army – PELAJARAN BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA : Artikel kiriman pembaca ini boleh ditafsir dari berbagai sudut mengikut tahap pemikiran dan haluan politik pembaca. 
Ia dikongsikan sebagai mengulas ucapan PM Singapura menjelang Pilihanraya Umum negara Singa itu yang tersiar baru-baru ini. Kami tidak berminat mengulas apa yang berkaitan dengan scenario politik Malaysia walaupun isi penulisan ini kelihatan ada kaitannya.
□ Sebenarnya apa yang diluahkan oleh rakyat Singapura ini sememangnya ‘berdetik’ di hati kami sewaktu menonton video itu. Terasa kasihan juga melihat wajah-wajah ‘MELAYU SINGAPURA’ yang sedang ‘digula-gulakan’. Sama sahaja situasinya dengan ragam ‘gula-gula’ pilihanraya di negara kita atau di mana sahaja di dunia ini. Tetapi situasi di Singapura ini kelihatan lebih menyedihkan.
□ Kami padankan isi surat ini dengan luahan hati beberapa rakyat Melayu Islam Singapura yang merasa amat tertekan lalu memohon kerakyatan Malaysia. Ada lebih 60,000 orang Melayu Singapura memohon kerakyatan Malaysia katanya. Perbualan dengan rakyat Singapura itu amat panjang dan ada rakaman videonya.
□ Kemudian kami tanyakan pula dengan beberapa warga Johor yang ‘biasa’ dengan situasi ini, samada kerana mereka bekerja di sana atau mempunyai ramai sanak saudara di Singapura.
#Noted : Walau siapapun kita, mari sama-sama kita nilai dan pertimbangkan betul salahnya. Bersyukur kita menjadi Rakyat Malaysia. Mari sama-sama kita renung dan cari jalan untuk menjadikan Malaysia lebih makmur dan aman selepas ini.
□ Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa lain kacuali bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat dan ‘confused’.
□ Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak2 muda di sana telah mengundi pembangkang.
□ Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yang mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam ‘Special Force’ pun Melayu tidak boleh masuk.
□ Kenapa saya boleh kata begitu? Saya berkerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 6 tahun. Kami yang menjaga semua urusan Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ dan Traffic Police.
□ Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura di WAJIBkan menyumbang dengan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid di tanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri.
□ Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di’control’ oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, “PAY AND PAY”.
□ Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave dan Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi.
□ Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang tua-tua yang tidak mampu, anak-anak kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak perduli.
□ Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES.
□ ‘Carpark’ di HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 untuk open space atau $180 untuk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu dan cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu di perbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat.
□ CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu.
□ Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection untuk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk saja kerana sudah dianggap tidak harga jualan lagi. Kalau mahu maintain pula kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi.
□ Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun dan insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri.
□ Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kepada “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee dan family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P dan legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang.
□ Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang.
□ Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, dan saya juga terlibat dalam politik PAP. Atas sebab keahlian PAP jugalah saya boleh bekerja di National Safety Council of Singapore. (AIDCNEWS)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-113: Perjalanan Ke Pulau Singa.

E-Buku IH-113: Perjalanan Ke Pulau Singa.

J Rukimin Ikan Todak

5 comments:

Anonymous said...

Ini semua salah umno-bn Bukan pembangkang.

Umno yg mengepalai malaya sehingga sekarang ini lah yg telah membuatkan anak cucu melayu menderita. Perbuatan umno ini jgn dimaafkan.

Oleh itu sebagai rakyat yg sedar, kita kena nyahkan umno dr tampuk pemerintahan yg ada.

Lagi lama mereka berkuasa, lagi teruk dikerjakannya.


Anonymous said...

Bukan ke rata2 hampir sama dengan Malaysia... Beri contoh pengawai tinggi kerajaan yang menjadi ahli pembangkang. Ada ahli PAS yang jadi Ketua Jabatan?

Cuma, kerajaan kira tidak memaksa pengawai kerajaan menjadi ahli UMNO. Menggalakkan, mungkin...

Anonymous said...



Artikel yg coba bodohkan MELAYU itu sendiri

Blogger Ibnu Hasyim ini patut bertanya brp puluh ribu MELAYU Malaysia yg kerja di Spore?

DAN..

Coba cari ada brp KERAT pulak Melayu Spore yg bekerja di Malaysia..

ANGKA itu fakta tidak pernah berbelit U-Turn dan berdusta!

Brp ramai pulak MELAYU gelandangan di Malaysia berbanding LANGSUNG takde sorang pun diSpore

Biar lah klu kita BODOH tu sorang2 je, jgn sesekali kongsi BODOH kita dgn org lain yer!

Anonymous said...

Melayu telah lama dibodohkan oleh umno.
Di gula2 sikit habis lupa terus penderitaan yg bakal dihadapi oleh anak cucu. Yg penting perut kenyang.

Anonymous said...

Sokong pas perintah malaysia bawa pemerintahan islam sokong pindaan ruu 355

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails