Monday, February 27, 2017

Anak Exco Antara 6 Ditahan



AHMAD FAUZAN ditahan SPRM Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan hartanah di Johor. Gambar ini adalah foto-foto yang dimuat naik dalam Facebooknya.

JOHOR BAHRU – Kehidupan mewah selain menggunakan kereta mahal pada usia muda oleh enam lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk anak kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor menjadi punca kegiatan kumpulan itu terbongkar.
Salah seorang yang ditahan bagi membantu siasatan SPRM ialah Ahmad Fauzan Hatim Abd. Latif, 25, yang disahkan merupakan anak sulung kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi. Abd. Latif menjadi Exco Johor sejak 2013.
Turut ditahan ialah pegawai khas kepada Exco berkenaan, dua orang pegawai syarikat pemaju, seorang peguam dan seorang awam.
Menurut sumber, sebelum itu SPRM telah menerima banyak maklumat daripada orang awam mengenai dakwaan penyelewe­ngan hartanah di negeri ini membabitkan kumpulan tersebut.
“Siasatan rapi dijalankan selama enam bulan.
“Selain itu, kehidupan mewah serta kecenderungan menggunakan kereta mahal me­nguatkan lagi tindakan untuk menahan mereka bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails