Friday, March 03, 2017

Kenderaan Tanpa Pemandu, Perlu Disokong! Ciptaan Kumpulan Anak Muda M'sia.


JOM KREATIF

HEBAT! Sekumpulan anak muda tempatan ini mungkin boleh mengubah landskap industri automotif pada masa depan. Atas rasa minat, tahukan terdapat sekumpulan anak muda telah berjaya menghasilkan kereta pandu sendiri? Mengagumkan bukan?

Bermula pada tahun 2013, dua lelaki bernama Muhammad Haziq Faris, 26, dan Khirul Muzzamil, 31, telah betindak membangunkankan sebuah syarikat Reka Studios. Dengan rasa minat mereka kepada penciptaan inovasi, maka terhasilah kenderaan tanpa pemandu.
Benar, fungsinya tidak ubah seperti kereta Tesla ciptaan luar negara yang dijual pada harga mencecah ratusan ribu ringgit. Difahamkan, Reka Studios telah pun menjalankan sesi uji kenderaan tanpa pemandu itu di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan Melaka.
Memetik KongsiTV, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REKA, Haziq Faris berkata, perbezaan ketara antara Tesla dan kereta pandu sendiri REKA ialah metod yang digunakan.
“Kalau mahu Tesla, kena beli kereta Tesla. Saya sudah ada kereta, kenapa perlu tambah kereta hanya untuk tidak perlu memandu. Jadi, apa yang membezakan kami (dengan Tesla) adalah apa saja kereta lama atau tiada sistem pandu sendiri, kami boleh letak sistem ini dan tukarkan kepada kereta tanpa pemandu,” katanya.
Selain itu, pasukan REKA memberitahu, teknologi kenderaan ini turut menggunakan sistem komputer yang boleh berfikir dan membuat keputusan tentang apa yang sepatutnya sesebuah kereta itu lakukan.
Sistem itu dikenali sebagai papan pembangunan (development board)Walaupun telah dipandu uji, REKA bagaimanapun berpendapat kenderaan tanpa pemandu rekaan mereka itu masih jauh untuk mengesahkan ia selamat untuk kegunaan pengguna di luar.
“Kami memang sudah buat pandu uji dari Melaka ke Kuala Lumpur. Jadi, macam kami, kami memang yakin. Selama dua bulan diperlukan bagi menyiapkan kereta itu untuk bergerak atas jalan raya,” katanya.
Namun mereka yakin suatu hari nanti dapat membuktikan produk dihasilkan di Malaysia berkualiti tinggi. Difahamkan, pasukan REKA juga tiada penajaan dalam menghasilkan projek kenderaan pandu sendiri ini. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pemerintah atau pihak-pihak tertentu perlu menyokong, untuk mengembangkan ke'kreatif'an mereka!
Lihat..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails