Tuesday, February 28, 2017

Ini Surat Jong-nam Kepada Jong-un.. Supaya Mereka Sekeluarga Tidak Dibunuh.

Mengapa Korea Utara mahu Jong-nam mati? Kim Jong Il bersama anaknya Jong-nam (duduk).

SEHINGGA kini kematian Kim Jong-nam, anak lelaki sulung bekas pemimpin utama Korea Utara, mendiang Kim Jong-il, masih diselubungi misteri. Ini surat Jong-nam kepada Jong-un.. Supaya mereka sekeluarga tidak dibunuh. 

Selepas kematiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu, polis mengenal pasti dan memburu empat suspek lelaki warga Korea Utara yang disyaki dalang kepada pembunuhan abang tiri pemimpin utama negara berkenaan, Kim Jong-un.

Korea Selatan yang sekian lama bermusuhan dengan negara itu, menyelar pembunuhan tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk tindakan keganasan daripada Kerajaan Korea Utara.

Mengapa Pyongyang sanggup membunuh ahli keluarga dinasti pemerintah mereka? 

Penganalisis mahupun pakar sukar untuk mengenal pasti punca sebenar. Namun dirumuskan dalam 3 perkara ini..

1. Hubungan dengan China?
Hasil carian imej untuk Mengapa Korea Utara mahu Jong-nam mati?

Pada 2001, Jong-nam ditangkap selepas cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu untuk berhibur di Disneyland Tokyo. Perbuatannya itu menjatuhkan maruah Korea Utara lantas harapannya untuk menjadi orang nombor satu negaranya, menggantikan Jong-il, musnah.

Bermula 2003, Jong-nam menetap di Macau dan diberi perlindungan oleh China. Sejak itu, Jong-nam kerap berkunjung ke China dan mengukuhkan kedudukan bersama Beijing terutama menerusi bapa saudaranya, Jang Song-thaek, iaitu individu nombor dua berkuasa di Korea Utara selepas Jong-il.

“Song-thaek merupakan lelaki China di Pyongyang. Dia adalah sumber Jong-nam dan disebabkan itu, China memberi perlindungan kepadanya,” kata Pengarah Program East Asia Non-Proliferation, Dr Jeffrey Lewis kepada CNN.

Pada 2013, di bawah pimpinan Jong-un, Korea Utara melakukan ‘pembersihan’ dalam kalangan pemimpin mereka dan Song-thaek antara individu yang menjadi mangsa.

Dilaporkan bahawa Song-thaek dijatuhkan hukuman bunuh selepas didakwa sebagai pengkhianat Korea Utara. Kematian Song-thaek merupakan kehilangan yang besar buat Jong-nam.

2. Kerap mengkritik Korea Utara secara terbuka

Ketika melanjutkan pengajian di Switzerland, Jong-nam kerap bercanggah pendapat dengan bapanya terutamanya berkaitan dengan soal negara. Itu adalah permulaan di mana hubungan dua beranak itu dingin. Jong-il merasakan bahawa anaknya itu sudah dipengaruhi pemikiran Barat.

Kemuncak hubungan mereka terhapus selepas cubaan Jong-nam memasuki Jepun yang dilihat sebagai satu penghinaan. Rentetan itu, paling ketara, Jong-nam lantang memberikan kenyataan terhadap Korea Utara menerusi media Jepun, Asahi TV.

Jong-nam menyatakan tidak bersetuju dengan sistem peralihan kuasa di Korea Utara dengan mewariskan kepada generasi seterusnya. Tetapi, beliau tidak menentang atau tertarik untuk menyertai arena politik di dalam negaranya.

“Saya tidak tertarik untuk ikut menjadi pewaris kerajaan (Korea Utara). Maaf, kerana saya tidak tertarik dengan politik. Tetapi, apa pun keputusan ayah, saya pasti akan saya sokong,” kata Jong-nam.

3. Perebutan kuasa antara Jong-nam, Jong-un?

Melalui buku tulisan Yoji Gomi, My Father, Kim Jong-il, and Me, Jong-nam juga menggunakan medium itu untuk menghentam Korea Utara. Melalui buku itu, Jong-nam menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Paling memberi kesan terhadap pimpinan Jong-un, Jong-nam menjelaskan bahawa adik tirinya itu tidak akan berjaya sebagai seorang pemimpin. Gomi juga mendedahkan, bahawa dua beradik itu tidak pernah bersemuka.

Biarpun Jong-nam menegaskan dirinya tidak berminat untuk memimpin negara kelahirannya, namun Jong-un tetap merasakan kedudukan bakal tergugat. Pada 2012, Jong-nam dilaporkan cuba dibunuh oleh perisik Korea Utara namun gagal.

Ahli Jawatankuasa Perisikan Parlimen Korea Selatan, Kim Byung-kee mendedahkan, Jong-nam pernah menghantar surat kepada Jong-un supaya mereka sekeluarga tidak dibunuh.

Surat itu berbunyi; ‘Tolong jangan ganggu saya dan keluarga. Kami tidak mempunyai tempat untuk dituju. Kami tahu satu-satunya jalan untuk melepaskan diri ialah dengan membunuh diri’.

Surat itu dihantar pada April 2012 selepas cubaan membunuhnya pada tahun yang sama.

Sekian. (IH)
Imej yang berkaitan

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa korea utara dan DAP ada persamaan dimana jawatan adalah untuk kaum kerabat sahaja

hukum Islam tidak dinobatkan

http://www.ismaweb.net/2016/09/ruu-355-muis-sokong-seruan-mufti-wilayah-persekutuan/

RUU 355: MUIS sokong seruan Mufti Wilayah Persekutuan

RUU 355: MUIS sokong seruan Mufti Wilayah Persekutuan
September 6, 2016 Berita Utama, Majlis Ulama ISMA, Utama 2

muis sokong seruan mufti wilayah
1. Majlis Ulama ISMA (MUIS) berpendirian menyokong sepenuhnya akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutan, SS Dato’ Dr Zulkifli al-Bakri bahawa cadangan pindaan Akta 355 hendaklah disokong oleh seluruh Ahli Parlimen sama ada muslim atau pun tidak.

2. Pendirian ini bukanlah baharu, MUIS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menyokong pindaan tersebut serta kewajipan Ahli Parlimen Muslim menyokong pindaan itu sejak bulan Jun yang lepas iaitu beberapa hari selepas cadangan itu diusul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat. Baca: http://muis.org.my/2016/06/muis-menyokong-rang-undang-undang-ruu-mahkamah-syariah-bidang-kuasa-jenayahpindaan2016/

3. Perlu difahami di sini, cadangan pindaan Akta 355 adalah satu perkara yang jelas dan mudah difahami iaitu ia berkait pemerkasaan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan bukanlah perincian secara mendalam mengenai hukuman dan lain-lain. Ini kerana penentuan bentuk hukuman akan sesuatu kesalahan jenayah syariah adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri bukan Dewan Rakyat. Maka pindaan ini hanyalah sekadar memungkinkan perluasan bidangkuasa, ia adalah mudah dan jelas melainkan kepada mereka yang terus mencari alasan untuk menolak.

4. Boleh jadi, atas sebab kejelasan di dalam pindaan inilah Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan bahawa semua umat Islam khususnya Ahli Parlimen perlu menyokong pindaan ini walaupun belum dibentangkan di Dewan Rakyat. Kerana ia tidak terlalu teknikal, dan tidak terlalu payah untuk difahami.

5. Pihak MUIS berasa hairan dengan tindakan Naib Presiden parti Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang begitu cepat memperlekehkan pandangan yang dikeluarkan oleh SS Mufti dengan alasan ia masih belum dibincangkan dan belum melalui proses legislatif seperti yang diperuntukan di dalam Perlembagaan, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menempelak mereka yang menolak cadangan pindaan ini sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Sepatutnya beliau menjadikan saranan dan hujah-hujah SS Mufti tersebut sebagai landasan untuk beliau berhujah menyokong pindaan tersebut nanti apabila ia melalui proses legislatif yang berkaitan. Begitu juga, kelemahan di dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang ada bukanlah alasan kukuh untuk menolak cadangan pindaan ini. Sebaliknya bersifat proaktiflah dengan memberikan cadangan-cadangan membina yang perlu dibuat untuk memperbaiki apa juga kelemahan yang ada. Berpolitiklah, antara lain untuk kepentingan Islam dan umatnya di bumi Malaysia. Bukan semuanya dilihat daripada kaca mata blok politik semata-mata.

6. Akhirnya, sekali lagi pihak MUIS menyeru umat Islam, terutama Ahli-Ahli parlimen Muslim untuk mengundi menyokong cadangan pindaan tersebut di Parlimen kelak. Semoga pengamalan agama Islam akan lebih subur di bumi Malaysia ini.

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Anonymous said...

http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/02/lebih-ramai-pemimpin-dap-akan-keluar.html?m=1


Lebih Ramai Pemimpin DAP Akan Keluar Parti Kerana Isu Rasuah Lim Guan Eng



DAP menerima tamparan apabila empat wakil rakyat dari Melaka mengumumkan untuk keluar parti dengan alasan kepimpinan DAP telah membelakangkan ahli-ahlinya selain hilang kepercayaan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.



Mereka yang mengambil keputusan mengejutkan itu ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jack Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.

"Saya amat kecewa DAP kini telah menyimpang daripada perjuangan sebenarnya dan hanya sekadar memuaskan nafsu sesetengah individu yang bertentangan dengan prinsip asal parti Malaysia Untuk Malaysia,'' kata Tong Him pada sidang media semalam.

Apa yang pasti tindakan keluar parti itu tidak akan terhenti di situ sahaja sebaliknya lebih ramai pemimpin DAP yang lain dikatakan akan berbuat demikian termasuk di Kedah dan Johor.

Melihat kepada keadaan tersebut, ia menunjukkan bahawa isu rasuah yang dihadapi oleh Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberikan tamparan yang hebat dan cabaran yang besar kepada DAP, apatah lagi perbicaraan kes rasuah itu akan bermula pada 27 Mac ini.

Dalam kes rasuah itu, ramai orang Cina melihat banyak bukti dianggap sebagai betul dan ia menunjukkan Guan Eng cakap tak serupa bikin, kerana beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan kononnya terlibat dalam penyelewengan 1MDB, tetapi beliau sebaliknya masih memegang jawatan.

Berbeza dengan Najib, pihak berkuasa yang menjalankan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang telah mengesahkan bahawa Najib bebas daripada tuduhan tersebut.

Namun Guan Eng pula telah dihadapkan di mahkamah dengan dua tuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo di Pulau Pinang. Meskipun diasak banyak pihak supaya meletak jawatan, namun Guan Eng enggan berbuat demikian.

Keadaan ini secara tidak langsung turut menyebabkan pergolakan dalam DAP dan ia dikatakan akan reda sekiranya Guan Eng meletak jawatan serta tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Beliau perlu meletak jawatan jika mahu menunjukkan bahawa DAP adalah sebuah parti yang tegar memperjuangkan unsur rasuah.

Mungkin menyedari keadaan itu maka Guan Eng pada sidang medianya semalam mengelak daripada mengulas mengenai tindakan empat wakil rakyat parti itu dari Melaka yang keluar parti dengan alasan media Barisan Nasional (BN) turut berada di situ.

Guan Eng memilih untuk memberikan kenyataan yang dijangka dikeluarkan hari ini.

Apa pun isu empat wakil rakyat Melaka ini telah memberikan kesan besar kepada DAP ketika ia sedang bersiap sedia untuk berdepan dengan PRU-14 dan dengan perkembangan terkini itu, DAP kini sedang berdepan dengan masalah dalaman yang berat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails