Wednesday, December 09, 2015

Jururawat Dipecat Kerana Tutup Aurat. Hospital Ini Disimbah Cat.. Wajarkah?


Pintu masuk Hospital Damai (Melawati) telah disimbah dengan cat putih oleh empat orang lelaki tidak dikenali pada awal pagi ini.

Kejadian ini disahkan oleh Pengurus Kewangan dan Pentadbiran hospital itu, Regina Sundram di mana menurutnya kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 3:30 pagi oleh empat orang lelaki yang membaling dua baldi cat putih di dua pintu masuk berasingan.

"Ia berlaku sangat cepat, dalam masa satu minit. Terdengar bunyi yang kuat, ketika saya berlari keluar untuk melihatnya, mereka telah pergi," katanya.

Insiden berkenaan berlaku selepas kejadian kontroversi melibatkan seorang bekas jururawat hospital berkenaan, Naziah Sauni Samat mendakwa dia telah dipecat kerana bekerja dengan memakai pakaian menutup aurat.

Bagaimanapun pihak Hospital Damai melalui Regina telah menafikan pemecatan Naziah kerana pakaiaannya tetapi kerana masalah disiplin iaitu tidak datang bekerja selama dua hari tanpa sebab. 

Wajarkah? (IH)

4 comments:

Anonymous said...

WAHAI ORANG-ORANG ISLAM, MENGAPA KAMU MEMBIARKAN ORANG KAFIR BEBAS MENINDAS SAUDARA PEREMPUAN KAMU?

Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas ke atas hospital yang mengamalkan diskriminasi agama dan menghina agama Islam dan menindas kakitangan Islam dan orang Islam sebagai pengajaran kepada orang-orang kafir yang biadap dan bersikap perkauman. Jika kerajaan gagal bertindak ke atas hospital tersebut, kita bimbang orang ramai akan melabel kerajaan sebagai balaci hospital tersebut dan orang ramai akan hilang kesabaran.

Kita juga mahu bertanya sama ada parti PAS, PAN, PKR dan UMNO telah mengambil tindakan positif membela jururawat Islam yang telah menjadi mangsa diskriminasi agama.

Mengapakah sebahagian alim ulama tidak bersuara mempertahankan jururawat Islam tersebut? Adakah mereka takut pada orang-orang kafir ? Bukankah kita sepatutnya takut pada Allah sahaja?

Mengapa ostaz dan ostazah songkok tinggi dan panglima-panglima keris telanjang yang selalu mendabik dada kononnya membela Melayu tidak bersuara mempertahankan jururawat Islam tersebut? Jangan jadi seperti Ayam Berkokok Berderai, Ekor Penuh Tahi.

Adakah undi orang kafir lebih penting dari agama Islam sehinggakan sebahagian alim ulama, ostaz dan ostazah songkok tinggi dan panglima-panglima keris telanjang berdiam diri?

Adakah orang Islam termasuk orang Melayu tidak memahami erti maruah dan aurat perempuan Islam? Apakah perasaan mereka jika adik perempuan mereka atau ibu mereka sendiri ditindas oleh orang-orang kafir? Bukankah semua orang Islam bersaudara?

Adakah mereka semua telah melupakan atau tidak mengetahui perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dan kaum muslimin membela maruah perempuan Islam?

Ketika seorang muslimah berada di pasar Bani Qainuqa Madinah, salah seorang kaum Yahudi di situ menganiaya kehormatan muslimah tersebut. Tanpa disedari Muslimah tersebut, ketika beliau ingin beredar tersentaplah kain beliau menyebabkan auratnya tersingkap. Saat itu, seorang pemuda Islam kebetulan berada di sana dan dengan perasaan marah membunuh Yahudi tersebut. Kemudian orang-orang Yahudi keluar dan membalas dengan membunuh orang muslim itu. Keluarga pemuda Islam tersebut pun memanggil kaum Muslimin yang lain untuk membantu dan Nabi Muhammad saw mengirimkan pasukan melawan kaum Yahudi Bani Qainuqa. Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir dari Madinah dan berhijrah ke Khaibar.

Begitulah mahalnya maruah seorang wanita Muslimah sehingga seluruh musuh Islam diusir dari perkampungan mereka.

Malangnya diakhir zaman ini, sebahagian orang Islam sangat cintakan dunia dan takut mati menyebabkan mereka tidak mahu melaksanakan hukum Allah dan membela maruah umat Islam di negara umat Islam sendiri.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya”. Salah seorang sahabat bertanya; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?” Nabi menjawab, Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Dan pasti Allah akan mencabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn”. Kata para sahabat, “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu? Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati”. (Shahih – HR. Abu Daud, Kitab al-Malahim, Bab, Fi Tadaa’al Umam ‘Alal Islam)


MARILAH KITA SEMUA MEMULAUKAN (BOYCOTT) HOSPITAL DAN SYARIKAT KAFIR YANG MENINDAS ORANG ISLAM.

Anonymous said...

Hospital ni mengamalkan diskriminasi agama. BOIKOT ja HOSPITAL ni.
Sorry, I tak akan pergi dah Hospital ni.

Anonymous said...

Saya berharap Jururawat berkenaan membawa kesnya ke muka pengadilan dan bukannya meraih simpati menerusi NGO yang berkepentingan. Ini bukan caranya. Kalau semua orang Islam menuntut keadilan dengan cara menjadi samseng, adakah ia mencerminkan Islam itu sendiri. Islam yang diguna dengan cara perbuatan samseng seperti simbar cat adalah sesuatu tindakan tidak kurang dari apa yang dilakukan oleh ISIS.
Hentikanlah guna Islam dalam keadaan yang mencerminkan Islam sebagai agama keganasan dan semua orang Islam itu sebagai pengganas. Bukankah ini yang ditonjolkan oleh media barat. NGO NGO Islam yang salah guna Islam untuk kepentingan mereka juga bersalah dalam perkara ini.

Anonymous said...

Komen Anon 8:11 AM jelas menunjukkan Anon 8:11 AM tidak berfikiran rasional kerana menyalahkan orang Islam dan mangsa diskriminasi agama. Anon 8:11 AM gagal mengutuk hospital yang mengamalkan diskriminasi agama terhadap kakitangan hospital yang beragama Islam. Tindakan Anon 8:11 AM cuba mengaitkan Islam dengan ISIS mencerminkan kejahatan Anon 8:11 AM sendiri.

Kita telah membaca pelbagai komen orang-orang kafir yang membela hospital yang mengamalkan diskriminasi agama terhadap kakitangan Islam dan mengutuk jururawat yang menjadi mangsa diskriminasi agama. Ini bererti orang-orang kafir tersebut mempunyai penyakit mental dan hati yang kritikal dan kronik dan berfikiran tidak rasional !

Jururawat yang menjadi mangsa diskriminasi agama itu berhak mendapatkan pertolongan NGO Islam untuk menolong beliau mendapatkan keadilan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada NGO Islam yang berusaha menegakkan keadilan untuk jururawat tersebut. Kita orang Islam wajib membela jururawat Islam tersebut.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails