KUALA LUMPUR, 7 Disember:
Minggu ini, kurator akaun Twitter @twt_LGBT mengejutkan pelbagai pihak.
Dengan mendakwa dirinya “imam gay”, kurator yang hanya merujuk dirinya sebagai “Adik” mahu berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya sebagai seorang umat Islam homoseksual di Malaysia.
“Saya seorang imam dan saya seorang homoseksual.
“Saya nak kongsi hidup sebagai seorang imam yang gay,” demikian tulisnya.
Selain berkongsi pengalamannya, Adik turut mencetuskan beberapa pertikaian dankonotasi berhubung ajaran Islam dalam aspek homoseksualiti dan pendapatnya mengenai seorang Muslim homoseksual.
Dalam siri 30 tweetnya, dia mempertikaikan tiada spesifikasi tertentu dalam Islam berhubung makna homoseksualiti dan mendakwa al-Quran hanya melarang serta membantah hubungan homoseksual, jika ia membabitkan seks.
“Tiada juga tidak dibenarkan. Larangan adalah bagi perbuatan seksual.”
Tambahnya, Islam melarang hubungan seks luar nikah untuk individu heteroseksual, konsep itu juga sepatutnya diguna pakai untuk golongan homoseksual.
Jelasnya, jika seseorang berkecuali daripada sebarang bentuk aktiviti seksual, maka hubungan homoseksual tanpa sebarang bentuk seks boleh diterima oleh agama dan tidak boleh dianggap sebagai satu dosa.
“Dengarlah, saya seorang imam bujang dan saya ada pasangan. Bujang: Tidak berkahwin dan tiada seks.
“Mengikut undang-undang, seks tanpa perkahwinan adalah satu dosa. Seks di luar tabii (lelaki dan wanita), satu dosa. Saya memilih untuk berkecuali daripada kedua-duanya,” jelasnya.
Perdebatan dalam sosial media itu bertambah hangat.
Pengguna Twitter, @muhammadyusoffn terkejut dengan konsep imam homoseksual dan mendakwa kurator telah menghina Islam dengan pendirian dan pandangannya.
Seorang lagi pengguna, @rodakakiman berkata, ia tidak boleh diterima untuk seorang imam, seseorang yang biasanya berdiri di mercu ajaran Islam, untuk menerima homoseksual, apatah lagi dirinya menjadi homoseksual.
“Ia adalah gila untuk membayangkan konsep imam gay,” tulisnya.
“Saya tidak menentang gay dan saya mempunyai rakan gay juga. Tetapi untuk mengatakan gay tidak bertentangan dengan Islam, ia  amat salah dalam pelbagai cara,” tulis pengguna Twitter, @sfatimahk.
Pengguna lain bagaimanapun terbuka kepada tanggapan mempunyai seorang pemimpin Islam yang homoseksual.
Pengguna Twitter, @meiameira berkata: “Anda seorang yang istimewa. Kita perlu lebih ramai orang bijak seperti anda.”
Seorang lagi pengguna, @AlexandreIsz yang boleh menerima tanggapan mempunyai imam gay berkata: “Hahah. Anda lucu. Jadi kita tidak perlu label. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu dilabelkan oleh orang lain. Kita tidak memerlukan keakuran lain. ”
Akaun Twitter twt_LGBT adalah medium untuk golongan lesbian, gay, dwijantina dan transgender (LGBT) berhubung dan berkomunikasi.
Akaun ini beroperasi berdasarkan sistem kurator, di mana sukarelawan akan dipilih setiap minggu untuk berkongsi cerita dan pengetahuan mereka mengenai isu-isu berkaitan LGBT.
Semua sekolah Islam utama mendapati homoseksual menyalahi undang-undang. (The Rakyat Post)
Soalnya, bagaimanan tangani masalah ini? Jawapannya, kembalilah kepada Islam, sebagai agama untuk seluruh cara hidup, bukan agama yang dipahami sebagai 'sekular', walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia seperti yang ada sekarang.. (IH)