Thursday, December 10, 2015

Bekas PM Australia Hina Islam Senada Do­nald Trump..

SYDNEY – Bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott (gambar) semalam menyatakan, ‘bukan semua peradaban di dunia setara’ dan Barat wajar mengisytiharkan keunggulannya berbanding Islam yang disifatkannya sebagai satu ‘masalah besar’.
Abbot digulingkan oleh Malcolm Turnbull dalam satu rampasan kuasa dalaman Parti Liberal pada September lalu tetapi masih aktif berpolitik. Beliau menggesa Barat supaya “bersedia untuk mengisytiharkan keunggulan peradaban kita berban­ding budaya (Islam) yang membenarkan pembunuhan manusia atas nama Tuhan”.
Pemimpin yang taat pada ajaran Katholik itu turut meminta rakyat Australia agar berhenti daripada berasa rendah diri kerana pegangan mereka.
“Kita tidak boleh terus menafikan masalah besar yang ada pada Islam. Islam tidak pernah mempunyai versi Zaman Pencerahan atau Pembaharuan atau me­nerima idea pluralisme dan pe­ngasingan gereja dengan negara,” kata Abbott dalam komentarnya yang disiarkan oleh akhbar Sydney Daily Telegraph.
Abbott yang dilatih menjadi paderi sebelum menceburi politik dan pernah digelar ‘Rahib Gila’ menambah, rakyat Australia perlu berhenti daripada berasa rendah diri tentang pegangan mereka yang menjadikan negara itu bebas, adil dan makmur sama seperti negara-negara lain di Bumi ini.
Komennya senada dengan ke­nyataan pendahulu senarai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Do­nald Trump yang mencetuskan kemarahan di seluruh dunia kera­na menggesa agar orang Islam dila­rang daripada memasuki AS.
Ketua pembangkang daripada Parti Buruh, Bill Shorten mengecam komen Abbott sebagai ‘langsung tidak membantu’.
“Bahasa kesat yang digunakan boleh menjejaskan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dan saling menghormati,” katanya. – AFP

1 comment:

mansor said...

you the christian a class better than cows
and pigs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails