Monday, August 25, 2014

KEMASKINI: Serangan Seksual Raba Kemaluan, Paramugara MAS Didedah..


KEMASKINI
Warganegara Australia Laura Bushney, akhirnya mendedahkan kepada umum pengalaman diserang secara seksual oleh seorang ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS). Dalam rancangan temubual "Sunday Night" yang disiarkan saluran televisyen Australia Channel Seven hari ini, Bushney berkata ketua pramugara itu "mengurut kakinya" kononnya untuk "menenangkan beliau".

Menurut Yahoo! Australia Bushney berkata beliau tidak mampu bertindak balas kerana terlalu takut ketika insiden berlaku dalam penerbangan MAS MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris 4 Ogos lalu.

"Saya hanya terus bertanya kenapa saya tidak menjerit? Kenapa saya tak hentikannya (perbuatan itu)? Saya seorang yang kuat kerana saya boleh berbuat demikian. Saya tahu saya boleh," kata beliau dipetik dari temubual itu.

Rakaman audio insiden itu yang dibuat menerusi telefon bimbit turut didedahkan dan Bushney didengari membisik "Dia (pramugara) sedang mengurut kaki saya... Saya sangat takut, saya kena turun dari kapal terbang ini."

Menurut laporan itu, Bushney berkata pramugara itu meletakkan tangan di kakinya kemudiannya menggerakkan jarinya ke arah pusat wanita itu tetapi ditolak. Bushney dilapor mengadu kepada polis di Lapangan Terbang Charles De Gaulle selepas mendarat di Paris dan pramugara itu dikatakan telah membuat pengakuan.

Wanita Australia, Laura Bushney, mendakwa ketua pramugara dalam penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu merogolnya di tempat duduk di barisan 81. – Gambar fail, 24 Ogos, 2014.
Ada sumber menyebutkan,wanita Australia, Laura Bushney, mendakwa ketua pramugara dalam penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu merogolnya di tempat duduk di barisan 81.

Menurut sumber lain, Bushney mendakwa paramugara itu cuba mengambil kesempatan dengan keresahannya, lalu duduk di sebelahnya di salah sebuah kerusi di barisan 81, sambil meraba kakinya dengan alasan cuba menenangkannya. Dia memberitahu, pramugara itu kemudian memasukkan tangan ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.

Ia menambah, MAS mengesahkan seorang penumpang membuat dakwaan itu terhadap seorang kru penerbangannya.

“Kakitangan syarikat yang dipersoal itu sudah ditahan dan disiasat oleh polis Perancis,” MAS dipetik sebagai berkata.

Dilaporkan MAS juga berkata mereka meletakkan piawai tertinggi berhubung tingkah laku anak kapalnya dan memandang serius dakwaan itu. (IH)


Komen selanjutnya:

Menerusi ruangan komen di laman Facebook Sunday Night, program terbitan Channel 7 televisyen Australia, ramai melahirkan keraguan berhubung pengakuan Bushney kerana dia mendakwa dia sempat merakam perbuatan itu melalui telefon bimbitnya.

“Betul-betul merepek. Dia lakukannya kerana satu perkara saja. Wang. Selain merosakkan reputasi orang yang tidak bersalah,” kata Jessica Greenhill diikuti lebih 300 komen lain. Bushney, 26, dalam wawancara bersama Sunday Night berkata, ketua pramugara MAS itu merayu kepadanya supaya tidak melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa kerana bimbang diketahui isteri dan anak-anak.

Katanya, anak kapal MAS itu cuba mengambil kesempatan atas perasaan takutnya ketika terbang dengan MAS berikutan insiden pesawat MH370 dan MH17, lalu dia duduk di sebelahnya sambil mengurut kakinya dengan alasan cuba menenangkannya.

Bushney memberitahu, lelaki itu kemudian memasukkan tangannya ke dalam seluarnya sambil meraba kemaluannya.

Katanya dia terkejut waktu itu dan terfikir-fikir kemudiannya:

"Mengapa saya tidak jerit, mengapa saya tidak berteriak?
"Saya seorang yang tabah. Saya boleh lakukannya. Saya tahu saya boleh. Tetapi waktu itu saya terlalu takut untuk berbuat apa-apa."

Seorang lagi pengguna media sosial, Tanya Pearce memberi komen dia percaya Bushney sengaja membiarkan perkara itu berlaku kerana mahu mendapat pampasan dari MAS.

“Saya percaya dia membiarkan perkara itu berlaku. Dia tidak benar-benar menangis. Saya tak tahu bagaimana dia dalam ketakutan tetapi tidak menjerit.
“Apa yang dia (ketua pramugara) boleh lakukan dalam pesawat yang penuh dengan penumpang? Saya fikir dia (Bushney) hanya hendakkan pampasan,” katanya di laman Facebook itu.

Alexandra Shand pula berkata apa yang dikatakan Bushney sangat kelihatan seperti dakwaan palsu dan membuatkannya menukar siaran dari terus menyaksikan program Sunday Night.

“Saya gembira bukan saya seorang sahaja yang ingat ada sesuatu yang pelik dengan berita ini,” katanya.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama CJ Booth berkata Sunday Night sengaja mensensasikan dakwaan Bushney ekoran kejadian dua pesawat malang MH370 dan MH17 yang menimpa MAS.

“Jika ia bukan MAS, cerita ini tidak akan disiarkan. Jadi, jangan katakan kamu lakukan untuk dia (Bushney) apabila tujuan sebenar untuk mendapatkan penonton,” katanya.

Kebanyakan pengguna media sosial yang melemparkan kritikan melihat tindakan Bushney merakam insiden itu sebagai di luar kewarasan fikiran apabila berdepan dengan keadaan kritikal seperti itu.
Mereka berkata daripada merakam insiden berkenaan, sewajarnya Bushney mengambil tindakan mengelak membiarkan perkara itu terus berlaku.

“Dia boleh ambil telefon dan rakam tetapi tidak menjerit atau memukul. Saya lihat dia tidak jujur,” kata Michelle Durban yang turut disokong beberapa pengguna Facebook lain. – 25 Ogos, 2014.

Lihat sebelum ini..

8 comments:

Kuda Perang said...

Tak berapa buleh nak percaya ketrangan wanita musyrik tu...

IbnAbdHalim said...

Dalam pesawat tu tak ada penumpang lainkah?

Anonymous said...

siapa bayar perempuan sundal ni buat keterangan palsu????

Yahudi ke pompuan laknat ni????

Memang tak boleh dipercayai....

Anonymous said...

Tak kan la seorang ketua paramugara nak buat perkara seperti itu semasa sedang menjalankan tugas. Rasanya wanita ini ada niat lain. Mungkin untuk dapatkan pampasan dari MAS. Jika seorang wanita yang rasional, dia akan bertindak dengan segera samada menolak secara baik atau beredar dari situ. Bukannya membiarkan paramugara itu merabanya. Macam suka je. Malah ada pula masa untuk merakam perbualan mereka. Perbuatan wanita tersebut seperti memang telah dirancang. Tak logik langsung.

Anonymous said...

Perangai pkr

Ramas said...

lagi serangan zionist terhadap MAS.

jarang sgt org buat gitu ditempat kerja (dlm kapalterbang).

kan lebih senang buat kat hotel dgn pujuk rayu.

Anonymous said...

Aloo broo.kalo benci sgt kat pkr tu x yah lah bantai licin semua..larat ker nak mintak maaf dgn semua.perangai karut ni ade jer kat mana2 samada organisasi politik dll.malu la kat diri seniri.aku memang x suka umno tp aku tau dlm tu masih ramai yg bagus..

Anonymous said...

Dasar pompuan jalang lahanat pnya kafir...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails