Saturday, August 30, 2014

Isu MB: Haluan Sendiri PAS, "strategi" Bukan "prinsip". - Khalid Samad.



Golongan muda PAS merasakan parti Islam itu terlalu banyak berkompromi dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa membuktikan parti itu bertindak bebas dalam isu krisis MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos,2014. 
Golongan muda PAS merasakan parti Islam itu terlalu banyak berkompromi dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa membuktikan parti itu bertindak bebas dalam isu krisis MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos,2014. 

Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.

Demikian lapor The Mlaysian Insider hari ini.

"Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian. Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.
"Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau.
"PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.

Khalid memberitahu The Malaysian Insider ada ahli secara terbuka meminta pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mengatakan parti Islam tersebut sudah banyak berkompromi.

"Berdasarkan sentimen ini, ada antara pemimpinnya yang ingin menunjukkan identiti yang berbeza daripada PKR dan DAP, jadi kita dapat katakan kita bukannya hanya bertindak mengikut arahan PKR dan DAP." tambahnya.
"Sebagai parti yang kukuh kedudukannya, PAS tidak mahu dilihat sebagai orang bawahan PKR."
Bagaimanapun, Khalid berkata ini merupakan agenda Umno dan BN bagi mewujudkan perselisihan antara parti dalam PR.
"Jadi malang sekali, inilah yang tidak difahami ahli serta pemimpin kita sendiri... sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa yang tidak kita persetujui. Jika terdapat perbezaan pendapat, selalunya ia akan diselesaikan melalui perbincangan," tambahnya.

Rabu lepas, Khalid berkata mereka yang ingin PAS meninggalkan PR patut keluar parti itu. Beliau berkata sekiranya ahlinya berpendapat partinya lebih baik tanpa PR, mereka patut meninggalkan parti dan sertai Umno.

"Sebaik sahaja ahli-ahli ini pergi, barulah PAS boleh menjadi rakan yang efektif kepada PR."

Pendirian parti Islam tersebut menamakan sekurang-kurangnya dua calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan keteguhan PR, memandangkan PKR dan DAP bertegas menamakan calon tunggal Dr Wan Azizah, bagi jawatan tersebut. Ini berlaku selepas Sultan Selangor mengarahkan setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon, membayangkan istana tidak berkenan dengan Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun, Khalid memandang ringan isu tersebut dengan mengatakan perbalahan antara PAS dan rakan partinya hanya berkisar aspek "strategi" dan bukan dari segi "prinsip".

"Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai masalah kerana ia bukannya isu besar," katanya, pada masa sama mengatakan cabaran terbesar tahun ini ialah memastikan kesinambungan PR.
"PKR dan DAP juga perlu faham pendirian kami supaya mereka juga akan pastikan apa sahaja keputusan yang perlu dibuat, reputasi dan kepentingan kami juga turut dipertahankan." Kata Khalid Samad melalui The Malaysian Insider lagi.– 30 Ogos, 2014. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

pkr x dfend hudud bila d kutuk dap...islam lebih penting ke pr ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails