Monday, August 25, 2014

Ikrar Dan Janji PAS Di S'gor Tiada Nilai -The M/Insider



PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014. 

Oleh THE MALAYSIAN INSIDER
 
PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.
Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.
 
Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957.
Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor  untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.
"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.
"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.
PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat.
Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan?

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.
Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. – 25 Ogos, 2014.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

3 comments:

Anonymous said...

mulai skrg pkr n dap anggaplah pas tiada lg dlm pr atau sbg musuh dlm selimut atau gunting dlm lipatan.

jgn komen apa2 tentang pas. padamkan pas atau parti islam semalaysia dr kamus pkr n dap. jgn harapkan apa2 lg dr pas.

pengkalan kubor tu berilah pada pas sbg hadiah pengkhianatan kerana tak sokong kak wan.

ada sesiapa boleh beri sebarang nas yang membolehkan pas bertindak dolak dalik?

Anonymous said...

PAS terbaek... x boleh ditunggangi sesiapa shj yg besar kepala.

Anonymous said...

Boley tunggang khudddaa...syarat telan pil khuddaa dulu.lps tu pkai baju chop lenin che guevera.hahahah.tgok kepala saper besar...elok la nama tmpat tu pon pengkalan kubur.saper yg terkubur nanti.umngok bee end keh pkr kah.pas kah PR kah.DAP MCA MIC x mungkin tergolek kat kubur neh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails