Tuesday, August 26, 2014

Keluar Mahkamah, Khalid Samad Diludah. Al-hamdulillah, Suatu Cabaran!


Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.

Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.

“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.

“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.

“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.

Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.

Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, suatu cabaran buat penegak kebenaran atau mujahidin damai. Allahu Akbar!

5 comments:

Anonymous said...

Tunjuk terror kunuuun, berapa lah upah beruk2 ni dpt.

Anonymous said...

Saman peludah tu... bukti DNA tu.

Anonymous said...

Sepatutnya bkn ludah...tampar lagi baik...

hamPAS.

Anonymous said...

tu le melayu bodoh tak sekolah tak tahu berpolitik hanya guna otak kat bonttot tak tahu membeza yg haq dan yg batil
melayu yg suka pil kuda minum san miguel tu le jadinya...sokong buta tuli je..
badan je besar OTAK tahi najis...
muak kita dgn kerena budak kononnya melayu????? klu MELAYU tuli yg pintar dan bijak dlm berfikir dan melihat keadaan semasa mana yg INTAN mana yg KACA..
lst word utk budak2 ni danseangkatannyanya ialah BANGANG n BODOH

Anonymous said...

Pengkhianat khalid samad memang patut diajar. Sombongya khalid samad menyebankan semua tindakannya menyebabkan islam berpecah. Angkuh. Riak. Sombong. Itu kamu khalid samad.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails