Tuesday, August 26, 2014

DAP S'gor: Timbang Samada PR Terus Kekal & Siap P'raya.

 
DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal. Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.


Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Tony Pua pagi tadi juga mengesahkan bahawa kemungkinan menghadapi pilihan raya mengejut itu turut dibincangkan.

“Kami memaklumkan kepada kesemua wakil DAP negeri mengenai perkembangan terbaru ini dan meminta mereka bersedia menghadapi semua kemungkinan pada jam 4 petang ini,” katanya.

Beliau merujuk kepada sidang media Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dijadualkan pada jam 4 petang ini. Khalid terdahulu akan bertemu dengan sultan dan dijangka akan mengesyorkan kepada baginda untuk membubarkan DUN.
 

Kini, Menteri Besar Selangor itu tiba di perkarangan istana tepat jam 2.19 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung langkah seterusnya selepas kehilangan sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Dap? Tak boleh percaya punya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails