Friday, August 29, 2014

Ciri-ciri MB Menurut Sultan S'gor. Bukan Boneka.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain. Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda.

“Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri.
“Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu.

Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

“Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” katanya.

Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri.

“Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya.

Disaring  dari mStar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails