Saturday, August 30, 2014

Nepotisme Ke Jawatan MB S'gor -Nasrudin Hassan

 
Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan meneruskan kritikannya atas amalan nepotisme, yang kini menjmenjadi tumpuan dalam isu pencalonan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya di Facebook, MP Temerloh itu mempersoalkan sikap PAS dalam menangani isu tersebut pada masa ini, memandangkan parti Islam tersebut pernah terpalit dengan masalah sama pada 2009.

Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman terpaksa berundur selepas pelantikan ke jawatan berkenaan mencetus kontroversi.

“Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?
“Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu (Nik Aziz), tidak kepada yang lain?,” soalnya dalam tulisan di Facebook.

Dengan sinis, beliau seterusnya menyatakan bahawa PAS sepatutnya sudah boleh menerima amalan nepotisme ketika parti Islam tersebut menghadapi isu pelantikan Ariffahmi.

“Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu.
“Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini,” katanya.

Dalam kenyataannya di laman itu, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan timbalan presiden PKR Azmin Ali, mengenai isu pemilihan calon untuk jawatan tersebut. (MK)

5 comments:

Anonymous said...

kalau dah bodoh simpan sikit bagi kat puak2 umno,jgn ambil semua bodoh tu kat awak.wan azizah tu telah dipilih oleh ahli pkr menjadi presiden mereka,macamana boleh timbul kronisma.gua ahli pas tapi lu memang sial la tantawi.

Anonymous said...

Lu bajet bagus, lu tak sial ka? Ha ha

Anonymous said...

Lagi byk bahlol ni cakap dl media...lagi cepat PAs lingkup.
aku syg Pas..tpi bahlol ni buat aku neluat kt Pas...

Anonymous said...

Ini tantawi tak sekolah ke... lain kali nak banding biar semak fakta dulu.. mamat gopoh macam ni layak ke jadi pemimpin..

Anonymous said...

This guy is talking bloody nuts. Dalam Islam perlantikan seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan tidak menjadi kesalahan walau ia senantiasa mudah mengundang pelbagai persepsi. Nasrudin ni faham tapi buat-buat tak faham dari perspektif Islam, jahat, hati busuk, dengki khianatnya dia ni. Kes perlantikan Ariffahmi menjadi kesalahan timbul bila Akta Pencegah Rasuah dipinda dan perlantikan Ariffahmi boleh menjadi kesalahan kerana TGNA adalah menteri besar dan Ariffahmi sebagai menantu dilantik menjadi CEO Perbandanan Menteri Besar Berhad dan di masa sama timbullah berbagai mainan kes yang disensasikan hatta ingin merosakkan imej TGNA khususnya dan PAS amnya. Ariffahmi telah dinasihati PAS Pusat meletak jawatan dengan sebab implikasi undang-undang yang jelas dan TGNA akur dengan nasihat PAS Pusat. Ini lah jenis ularmak yang buat rosak kepercayaan rakyat dan pengundi. Jangan ingat rakyat kini bodoh belaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails