Friday, August 29, 2014

MB: Pilih Sahaja Calon PAS, Kalau PKR Tolak Dicalonkan.




Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cadang Adun PKR tolak dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cadang Adun PKR tolak dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor perlu menolak sebarang pencalonan sebagai menteri besar Selangor oleh pihak tertentu sebagai tanda menghormati keputusan parti, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, keputusan itu juga selaras dengan apa yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.

"Saya menyeru Adun PKR Selangor membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan PR.
"Kenyataan terbuka setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan dalam melawan Umno Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menolak pencalonan PAS menjadikannya calon menteri besar selain menyokong pendirian parti menamakan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang.
Timbalan speaker DUN Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya memimpin negeri terkaya itu.

Rafizi dalam kenyataan sama turut mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan secara terbuka sokongan penuh kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

"PKR dan Majlis Pimpinan PR membuat keputusan sebulat suara Dr Wan Azizah adalah calon tunggal PR sebagai menteri besar Selangor.
"Keputusan ini perlu dihormati sepertimana yang ditunjukkan Nik Nazmi," katanya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pada Selasa berkata baginda mahu lebih daripada 2 nama calon menteri besar daripada setiap parti komponen PR walaupun Dr Wan Azizah memperoleh sokongan majoriti DUN.

Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras Dr Wan Azizah adalah satu-satunya calon pilihan mereka manakala PAS sedang menimbangkan lebih daripada 1 nama. Krisis menteri besar Selangor masih lagi buntu walaupun Khalid sudah bersetuju untuk melepaskan jawatannya.

PAS sebelum ini menamakan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk memimpin negeri itu. – 29 Ogos, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau tak ada calon PKR yang mahu terima lagi, pilih sahaja calon PAS. Ramai lagi yang berkebolehan dan berkelulusan lebih dari mereka.
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

2 comments:

Anonymous said...

kalau PAS pun tolak bg je kt UMNO

Anonymous said...

Oleh kerana PAS sudah berjanji tidak akan tuntut jawatan MB Selangor maka peganglah pada janji. Bagaimana Rasulullah berpegang pada janji dalam perjanjian Hudaibiyyah yang mana Allah beri kemenangan pada Umat Islam membuka kota Mekah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails