Thursday, August 28, 2014

Tak Kemuka Lebih Dari 1 Nama Seperti "memaksa" Istana -SU PAS


 

SU PKR

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana. 


Beliau juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama. 

Namun Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang. Mustafa berkata demikian juga dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah. (IH)

3 comments:

Anda Sendiri Fikir said...

PAS perlu hantar 3 nama kerana 2 nama yang diberikan sebelum ini Azizah dan Azmin tetapi Azmin menolak jawatan itu. Telah nyata yang Sultan tidak berkenan dengan Azizah dan Azmin pula menolak adalah adil nama ke 3 diberikan. Adakah itu salah PAS?. Macai Ketum patut faham akan situasi ini dan jangan masalah Ketum berak di Langkah Kajang yang dari awal PAS tidak setuju takkan PAS nak kena cuci. Wajah sebenar Ketum makin terserlah maka demi menyembunyi penipuan dari pengetahuan rakyat Selangor, PAS dikambing hitamkan. Cita-cita besar Ketum benar-benar menyusahkan semua orang. Jika PRU14 nanti pakatan kalah jangan salahkan PAS. Buat 2 baghal PAS itu jika masih ada maruah, lebih baik keluar PAS dan masuk parti Ketum kerana wala kamu sudah berubah kepada Ketum. Ahli PAS diperingkat akar umbi sudah hilang kesabaran diatas pengkhianatan mereka.

Anonymous said...

Kalau wan azizah jadi mb APA masalah ko? Dh 30 adun sokong dia . majoriti tu.sultan hanya simbol tertakluk pada perlembagaan.wala la kamu pada pil kuda sebelum kamu jadi kuda.

Anonymous said...

Salam, sudah kurangkah muslimin yg berkelayakan yg boleh diangkat menjadi ketua?

-abu amna-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails