Tuesday, August 26, 2014

KEMASKINI Sultan Cadang Lebih 2 Nama Ganti MB..

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid. Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor. Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana. Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.
 

Kenyataan SULTAN SELANGOR selepas KHALID mengadap sebentar tadi..!!
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t1.0-9/10639583_10204139442180349_5962645670611815602_n.jpg

4 comments:

Anonymous said...

Alahamdulillah sulatn yang bijaksana.Dun tidak di bubarkan.Pihak Pas perlu sedar bahawa ini adalh hikmah Allah yang masih memberi peluang kepada Pas untuk menguatkan ikatan Ukhwah bersama Pakatan.Jangan membiarkan diri di luar lengkungan sendirian nanti di baham harimau jadian.Muhasabah diri terutama kepad a ustaz-ustaz yang baru di lantik tapi tak pernah berjuang.belajarlah daripada Mat Sabu,Mahfuz.dan lain-lain prefesional dalam Pas agar kamu akan di pandangi oarng

bat8 said...

Tuan Haji

Tentang Tuanku meminta 2 nama sebagai calonMB mengantikan TSKI adalah berita yang disampaikan ol3h TSKI melalui fb beliau. Berita tak sahih kerana jika baginda bertitah demikian t3ntu dinyatakan didalam kenyataan rasmi istana. Kenyataan rasmi istana tidak menyebutpun. Takkan Istana tak tahu protokol.

Tak masuk akal Tuanku menitahkan agar 2 nama dicadangkan oleh Pakatan m3lalui TSKI kerana TSKI sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Pakatan Rakyat. Saya susp3k ini saja-saja kenyataan TSKI untuk membantu TGHH yang sedang panas punggung akibat pendedahan terbaru.

Lagipun m3ngikut berita yang kita dengar, esok Tuanku Sultan Selangor akan menemui DSWA. Kita tunggu kenyataan DSWA dan pihak Istana esok untuk mendapat kepastian

Anonymous said...

Pas, dap, pkr bertepis tepis sampai kepada sultan. Pura pura bertepis kat belakang cium mulut. Nasib baiklah sultan melayu islam bijaksana.

Li said...

Bat8, press statement tu tulis apa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails