Wednesday, August 27, 2014

W/Azizah, Azmin Lahir S'pura Halang Jadi MB?

Kini timbul isu mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilahirkan di Singapura mungkin menyebabkan beliau tidak layak jadi menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.



Kini timbul isu mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilahirkan di Singapura mungkin menyebabkan beliau tidak layak jadi menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. 
Tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan menteri besarnya mesti lahir di Selangor atau di Malaysia, kata seorang pakar perlembagaan hari ini yang menolak cakap-cakap mengenai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak boleh memegang jawatan itu kerana mereka dilahirkan di Singapura.

Profesor Gurdial Singh Nijar, yang bertugas di fakulti undang-undang Universiti Malaya, berkata perlembagaan hanya menyatakan menteri besar tidak boleh menjadi warganegara "melalui penaturalisasi atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan".

"Naturalisasi ertinya orang yang bukan warganegara, tetapi boleh memohon untuk menjadi warganegara selepas menghabiskan tempoh masa yang tertentu di negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
Beliau berkata, pendaftaran (yang terpakai untuk mereka yang lahir sebelum hari kemerdekaan dan perlu mendaftar menjadi warganegara) di bawah Artikel 17 Perlembagaan Persekutuan juga digugurkan. Sebelum ini ia merujuk kepada bukan warganegara yang lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka layak menerima kerakyatan.

"Tiada keperluan mereka perlu lahir di Selangor. Jika ada, Sultan ada kuasa menggunakan mana-mana peruntukan dalam undang-undang tubuh menyekat pilihan menteri besarnya," katanya merujuk kepada Artikel 53 (3) Perlembagaan Persekutuan.
 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengesahkan kepada The Malaysian Insider, calon menteri besar Dr Wan Azizah dan Azmin lahir di Singapura. Beliau bagaimanapun berkata, mereka adalah rakyat biasa dan tidak melalui proses naturalisasi atau proses pendaftaran.

"Kami turut membincangkan isu ini dan mendapati Dr Wan Azizah dan Azmin tidak terpakai kepada Artikel 53 (3), yang melarang bukan warganegara menjadi menteri besar," katanya. – 27 Ogos, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

Kami org Pas tolak bulat bulat kalau bini ketum jadi MB. Ada otak ke laki calon bini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails