Wednesday, August 27, 2014

Puluhan Ribu Rakyat Israel Jadi Pelarian Dari Sempadan Gaza.

Puluhan ribu warga Israel mengungsi dari perbatasan Gaza
Warga Israel borong topeng gas. ©REUTERS

Ratusan warga Israel meninggalkan rumah mereka di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza semalam. Mereka menjadi pelarian kerana takut dengan serangan roket-roket Hamas ke wilayah tempat tinggal mereka.

Setakat ini sudah puluhan ribu penduduk Negera Bintang Daud itu meninggalkan kawasan sempadan selama dua bulan terakhir sejak operasi serangan Israel ke Gaza bermula, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Times of Israel, Selasa (26/8).


Kerajaan Israel menawarkan bantuan pemindahan bagi warganya menjelang tahun ajaran pendidikan yang baru. Kerajaan menganggarkan sebanyak 70 peratus daripada 40 ribu warga Israel dari komuniti pertanian di sepanjang sempadan Gaza berpindah kerana perang.

Ladang yang biasanya menghasilkan sayur-sayuran dan bunga-bungaan kini terbengkalai dan hancur lebur akibat serangan roket Hamas. Jalanan dan rumah-rumah tidak berpenghuni menghiasi kawasan sempadan.

"Masyarakat sangat dekat dengan sempadan dan kami hampir tidak diberitahu jika ada serangan akan datang," kata Elazar Ashtivkar, ayah empat anak berusia 30 tahun yang meninggalkan wilayah Nahal Oz beberapa minggu lalu dengan keluarganya.

Dia kini tinggal di penempatan pertanian terdekat. Dia mengatakan hanya perlu 15 hingga 20 saat untuk menyelamatkan diri ke tempat perlindungan jika berlaku serangan.

"Tanah pertanian kini sudah hancur. Tak ada apa-apa lagi sekarang," kata dia.
"Kami hanya ingin tenang. Kami tidak mahu bimbang apabila anak-anak pergi ke sekolah."

(IH) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semuanya ini berlaku kerana kepengganasan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Jahannam Israel!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails