Tuesday, August 26, 2014

Fitnah: M/Insider Diarah Minta Maaf Secara Terbuka.. -SUP Presiden PAS

 
KL: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menafikan laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat”.

Menurutnya, berita itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Mohamed Azmin Ali mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin Ali  kepada Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa.
"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

7 comments:

bat8 said...

Tuan Haji,

Kalau kita tengok cara TGHH bermain silap mata bermula dengan sokongan peribadi kepada TSKI bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan, penangguhan mesyuarat AJK Pusat PAS 2 kali, catitan Dr Muhaimin mengenai perjalanan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 ogos, u-turn tak bagi 13 Adun PAS menandatangani SD menyokong DSWA - saya percaya apa yang dilaporkan oleh MI itu benar jika kita baca apa yang berlaku dalam mesyuarat semalam antara Hanipa Maidin dan TGHH.

Jika tidak benar, hanipa maidin tentu dah keluarkan penafian. Hanipa seorang pemimpin yang begitu komited dengan PAS.

Kita tahu s3jauh mana kecanggihan TGHH dan penasihat-penasihatnya setiap kali TGHH terkantoi. Instead dapat menyelamatkan keadaan dan maruah TGHH - Perkara sebaliknya terjadi. Last-last Anwar kena buat statement untuk menyelamatkan TGHH.

Kalau MI buat cerita karut, saman sahaja. Jangan cakap banyak.

Anonymous said...

Maaf cakap..kalau nak tahu kita ni golongan fasik atau sebaliknya ialah bilamana begitu mudah sgt percaya kpd berita yg disampaikan oleh sumber yg fasik (MI misalnyer) ..

Anonymous said...

Bro. .klu betul fitnah sila saman..tolong jgn nafikan saja

Anonymous said...

Saya tetap percaya krn malaysian insider pun bgtau xkan menarik balik kenyataannya..

Anonymous said...

X abis2 la nk hentam pas...poyo lbh la kau bt8 oii..x abis2 nk mengata tokguru..ckup2 la dgn Fitnah tue..politik bangang korg bt org lain meluat la siall..kau ingt pas nie ikot jer ape yg parti korg nk..?? Ikot suka la pendirian parti dia...prangai lbh kurg mcm umno je dok menghina ulama..!!

bat8 said...

Anon 8:43,

Bagaimana dengan sikap TGHH yang menuduh orang jual pil kuda dan kominis dulu tanpa bukti. Sahih TGHH buat sebab ada rakaman video.

Macamana nak kira? Kita tak boleh bersikap double standard. Bila kena batang hidung kita, kita tuduh orang fasik. Time kita tuduh orang tanpa bukti dan hebahkan kepada orang ramai didalam ceramah kita nak hukum macamana?

Islam tak suruh kita double standard. Yang banyak standard ni adalah UMNO.

bat8 said...

Anon 8:57

Macamana nak kira fitnah orang jual pil kuda dan tuduh orang kominis tanpa bukti? Siap ada video menjadi bukti.

Tunjukkan dimana aku fitnah? Kalau fitnah jelaskan apa yang betul? Sdra pun jangan buat fitnah jika tidak dapat tunjuk dimana yang sdra rasa saya memfitnah. Dr Mahathir dikritik diatas batang tubuhnya sebagai orang politik iaitu Presiden UMNO/PM bukan atas sifatnya sebagai doktor. Apa beza TGHH dengan Mahathir sebagai orang politik yang berjawatan Presiden PAS. TGHH dikritik sebagai pemimpin politik bukan sebagai Tok Guru.

Macamana kita nak kira perbuatan orang PAS mengkritik dan memfitnah Mahathir selama 22 tahun sebagai PM dan sampai sekarang. Pakai hukum yahudi ke....yahudi boleh serang orang tapi orang tak boleh balas balik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails