Saturday, August 02, 2014

Khalid Ibrahim Keluar Parti? Ini Sebenarnya.


 

KL: Penyebaran print screen palsu dari akaun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberi bayangan beliau akan keluar parti dan menyertai Umno dinafikan oleh Sekretariat Akhbarnya, Arfa’eza Abdul Aziz.

Print screen menerusi laman makro twitter itu bertulis “Tiada yang mustahil untuk Umno..Kita mampu bersama..Tinggalkan yang ‘keruh’..

Ia mula tersebar malam semalam dalam blog-blog, laman sosial Facebook dan mula di retweet di twitter, lapor Selangor Kini.

Arfa’eza ketika dihubungi berkata ia merupakan kenyataan palsu dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini Print Screen palsu. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan penyebaran itu dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.

“Ada pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan sedia ada, oleh itu tindakan seperti ini dilakukan mereka,” katanya. (IH)



Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

1 comment:

Anonymous said...

Parti sendiri sudah beri ruang untuk menarik diri secara terhormat tapi diri kita berasa ada orang dibelakang yang boleh mengankat dan pertahankan kita ,sekarang siap yang menerima pada bukannya kita seorang bahkan keseluruhan organisai kita telah menjadi cemuhan orang ramai bertambah buruk pengundi sudah mula mual dengan gelagat pemimpin yang tidak mempunyai intergriti untuk menjaga harga diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails