Friday, July 25, 2014

Tentera Israel Kalah Moral Takutkan Al-Qassam.















Media Zionis semalam melaporkan pihak tentera rejim itu terpaksa memecat anggota tenteranya ekoran enggan menyertai serangan ke atas Gaza kerana takut terbunuh di tangan pejuang Palestin. TV10 Israel melaporkan, puluhan anggota tentera rejim menolak untuk menaiki kenderaan perang untuk memasuki Gaza.

Nama anggota-anggota itu juga disenarai hitam dari menjadi askar untuk seumur hidup. Sehingga semalam, lebih 30 askar rejim Zionis maut berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam ketika mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza.

Beberapa sumber juga menyebut, tentera Zionis sangat taku apabila berhadapan serangan hendap Al-Qassam sehingga ada yang terpaksa menembak kaki sendiri supaya cedera dan dibawa keluar dari kawasan perperangan.


  
Media Israel melaporkan hampir 15 orang tentera Israel menembak kakinya sendiri dengan niat untuk dihantar ke hospital dan menerima rawatan serta tidak bagi mengelak dari terlibat dalam medan pertempuran.

Mereka juga dilaporkan mengakui kehebatan anggota Al-Qassam sehingga mendakwa bukan berperang dengan manusia tetapi seperti berperang dengan hantu yang datang secara tiba-tiba dan kemudian hilang.

Pada sabtu lalu enam anggota tentera Israel maut setelah kenderaan tentera yang dinaiki mereka berjaya ditembak Al-Qassam di kawasan Timur Tuffah, Gaza Timur. Sumber Israel sebelum ini mengakui kenderaan perisai jenis M113 yang digunakan mereka menyerang Gaza, tidak selamat jika diserang dengan roket jenis RPG terbaru.


Briged Izzuddin al-Qassam yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin. Telah diktiraf daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda diantara umur 18-30 tahun. Briged ini juga mempunyai skuad wanita.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails