Saturday, July 26, 2014

‘Save Gaza’: Pelumba Basikal Malaysia Dipolitikkan Di Sukan Komanwel.


AZIZULHASNI menunjukkan sarung tangan yang digunakannya ketika beraksi dalam acara pecut individu lelaki di Sukan Komanwel 2014 kelmarin.

SUKAN


Sarung tangan ‘Save Gaza’: Azizulhasni diberi amaran
Luahan perasaan Azizulhasni Awang pada akaun Facebook miliknya berhubung kontroversi sarung tangan yang tertulis ‘Save Gaza’ semasa perlumbaan semalam di Sukan Komanwel Glasgow. – Gambar Facebook. Pelumba basikal Malaysia menerima teguran rasmi dan diberi amaran berdepan risiko dibuang daripada Sukan Komanwel jika mengulangi memakai sarung tangan yang mengandungi mesej "Save Gaza".

Azizulhasni Awang berkemungkinan diusir daripada menyertai Sukan Glasgow 2014 selepas memakai sarung tangan berkenaan dalam pertandingan semalam.

Namun, atlet berusia 26 tahun yang‎ digelar "Pocket Rocket", yang mengambil bahagia dalam acara pecut individu suku akhir hari ini, diberi teguran dan amaran untuk tidak memakainya lagi. Tindakan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) itu bertujuan mengelakkan temasya sukan berkenaan digunakan untuk politik.
Luahan perasaan Azizulhasni Awang pada akaun Facebook miliknya berhubung kontroversi sarung tangan yang tertulis ‘Save Gaza’ semasa perlumbaan semalam di Sukan Komanwel Glasgow. – Gambar Facebook.
Acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun itu, digelar "Sukan persahabatan".
Walaupun Azizulhasni menegaskan mesej beliau adalah untuk "kemanusiaan" dan bukannya politik, beliau memohon maaf.

"Tindakan itu disiasat dan kami bercakap dengan pihak pengurusan pasukan Malaysia dan ia perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan," kata Ketua Eksekutif CGF Mike Hooper.
"Ia tidak sesuai menjalankan apa-apa protes di  temasya sukan. Kami menghormati hak semua orang untuk membantahnya.
"Beliau menerima teguran daripada pihak pengurusan pasukan dan meminta maaf. Beliau kini sedar mengulangi perbuatannya itu akan menyaksikan ‎penyingkiran akreditasi beliau."

Pada halaman Facebook peminat beliau, yang mempunyai lebih 200,000 orang pengikut, beliau menulis:

"Saya meminta maaf kepada mereka yang menyalahtafsirkan mesej saya. Ia langsung tiada kaitan dengan protes politik.

"Ia adalah keikhlasan hati saya untuk meluahkan erti kemanusiaan. Sejak bila meluahkan kemanusiaan dianggap sebagai tindakan politik?
"Bagaimanapun, saya memohon maaf kepada mereka yang berfikir saya melakukan kesalahan.
"Saya mendapat amaran dan masih boleh berlumba hari ini tetapi tanpa sarung tangan 'Save Gaza' saya.
"Terima kasih semua atas sokongan anda. Saya benar-benar menghargainya.
"Kita semua berdiri sebagai insan."

Tindakan Azizulhasni semalam rentetan jumlah kematian orang awam di Gaza yang meningkat kepada 800 akibat serangan Israel yang dikutuk oleh Malaysia.

Berasal dari Terengganu, bapa kepada dua anak, yang merupakan pembawa bendera kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia pada April 2008. Pada bulan Februari 2011, beliau ditimpa ‎kemalangan semasa perlawanan akhir Piala Dunia acara keirin di Manchester yang menyebabkan beliau terkeluar daripada kejohanan. – 25 Julai 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes sarung tangan ‘Save Gaza’: Azizulhasni diberi amaran, sebenarnya bukan Azizulhasni berpolitik, tetapi Sukan Komanwel yang berpolitik atau dipolitikkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails