Tuesday, July 22, 2014

Sikap Anwar, Hudud & DAP S'wak..

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan DAP Sarawak bahawa beliau berdiam diri dalam isu hudud dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar, beliau telahpun menyentuh isu tersebut ketika membuat ucapan di Forum Khas "Agenda Rakyat" di Kelab Diraja Selangor 9 Julai lalu.

"Bertentangan dengan kenyataan DAP Sarawak, saya ada bercakap mengenai hal itu dua minggu lalu dalam ucapan saya di Kelab Selangor.
"Ia berkaitan keadilan kepada semua tanpa mengira kaum dan agama. Saya membuat rujukan spesifik tentang isu hudud di Kelantan," kata beliau dalam sidang media di ibupejabat PKR tengah malam semalam.

Kelmarin, DAP Sarawak dilaporkan membuat resolusi mengancam menarik diri daripada Pakatan negeri selagi PAS tidak menarik balik tuntutan mengadakan hudud di Kelantan. DAP Sarawak meluahkan kekesalan mendalam kerana mendakwa PKR berdiam diri terhadap hasrat PAS itu.

Semalam, PAS Sarawak pula membuat kenyataan balas mereka tidak menghalang sekiranya DAP negeri mahu keluar daripada Pakatan ekoran pertikaian pelaksanaan hudud di Kelantan. Bagaimanapun pesuruhjayanya Adam Ahid mengingatkan pemimpin DAP Sarawak berfikir secara rasional kerana tindakan tidak bijak akan membinasakan mereka.

Menurut Anwar, cadangan membawa usul rang undang-undang persendirian Hudud oleh Kerajaan negeri Kelantan bukan merupakan insisatif negeri itu sendiri dan bukannya dasar Pakatan. Oleh itu beliau berpendapat hal itu tidak perlu dirisaukan komponen Pakatan di negeri lain.

"Rang undang-undang persendirian itu bukan rang undang-undang Pakatan Rakyat.
"Tiada sebarang konsensus mengenai rang undang-undang itu," katanya.

Beliau turut berkata akan mengambil kesempatan bertemu pimpinan Pakatan di Sarawak bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa ucapan saya di Kelab Diraja Selangor dua minggu lalu kepada pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak," katanya. (MK)


Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

1 comment:

Anonymous said...

Mengkarung !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails