Sunday, July 20, 2014

Lagi Ramadhan Mengubah Pelakon Ini Berhijab..



HALAMAN HIBURAN
Ramadan membawa lembaran baru buat Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa apabila melaksanakan perkara wajib dengan tampil berhijab.

Peminat yang mengikuti perkembangan pelakon dan pengacara ini sejak awal dalam bidang seni turut menyambut keputusan diambil dengan penuh rasa gembira. Ramai suka penampilan barunya, termasuk mereka yang masih bujang dan mencari calon isteri. Ada juga menyimpan impian untuk menikahi Neelofa kerana redup dan keayuan wajahnya apabila berhijab mampu menjadi penyejuk hati dan berasa tenang.

Diusik mengenai perkara itu, Lofa hanya ketawa. Katanya, setakat ini dia tidak pernah lagi menerima pandangan seperti itu dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi jika ada orang berkata begitu kepadanya.

“Entahlah, saya tidak pernah lagi dengar. Mungkin baru lagi dan saya tidak jumpa ramai orang, tapi tak tahulah hari raya nanti, apabila balik kampung saya akan menerima reaksi sedemikian,” katanya. (myMetro)

Lihat ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails