Friday, July 25, 2014

Gaza: 15 maut, Tentera Zionis Bom Sekolah PBB
















GAZA: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 70 yang lain cedera apabila mengebom sebuah sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun, Utara Gaza dibedil dengan peluru meriam oleh tentera Zionis Israel semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra, berkata peluru meriam Israel disasarkan ke dalam sekolah walaupun bendera PBB jelas berkibar di atas bangunan.

Sekolah UNRWA adalah merupakan salah satu tempat yang memberi perlindungan kepada pelarian Palestin. Qudra berkata kereta-kereta ambulan masih memindahkan mangsa dari sekolah di mana beratus-ratus rakyat Palestin telah mencari perlindungan selepas meriam Israel mensasarkan rumah-rumah mereka.

Menurut beliau, mangsa sedang dipindahkan ke tiga hospital di utara Gaza sebagai tambahan kepada hospital Shifa di bandar Gaza yang kini tidak mampu lagi menampung kebanjiran jumlah mangsa yang cedera.

Serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza masuk hari ke-19 hari ini. Sehingga semalam seramai 788 rakyat Palestin gugur syahid manakala 5518 lagi dilaporkan cedera. - HARAKAHDAILY 25/7/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails