Thursday, July 24, 2014

Sultan Mahu S'gor Terus Ditadbir Beramanah, Ada Kaitan Khalid?



Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid menafikan wujudnya perbincangan di antara beliau dan Sultan berhubung jawatan menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2014.  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid menafikan wujudnya perbincangan di antara beliau dan Sultan berhubung jawatan menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2014.  

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan hasrat kepadanya untuk terus melihat Selangor ditadbir dengan amanah, teguh dan bertanggungjawab.

Beliau berkata, titah Sultan itu merupakan sebahagian reaksi baginda terhadap isu politik dalaman yang berlaku di Selangor. Beliau bagaimanapun menafikan terdapatnya perbincangan di antara beliau dan Sultan berhubung jawatan menteri besar Selangor. Khalid bagaimanapun mengakui menyampaikan hasrat untuk terus mentadbir Selangor.

"S‎ultan memandang perkara ini paling penting. Bagi tuanku ialah pentadbiran amanah, teguh dan bertanggungjawab
"Namun tidak ada perbincangan yang dibuat bersama Sultan, tapi saya berkata kepada Sultan akan terus bekerja sehingga saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas program berbuka puasa bersama Sultan Selangor dan rakyat di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor malam ini.

Susulan pengumuman PKR mencalonkan presidennya, Dat‎uk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) secara prinsipnya sudah bersetuju dengan perkara itu.

Anwar juga akan meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya, Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru. Selain itu, Anwar juga berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan Khalid untuk beliau berundur secara baik.

Peralihan jawatan menteri besar merupakan sebahagian daripada "Langkah Kajang" daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Mac lalu bertujuan meredakan konflik dalaman PKR. Khalid sebelum ini berkata kepada pemberita tetap dengan pendiriannya untuk terus kekal memerintah Selangor hingga akhir penggal dalam tiga tahun sebelum berehat dan fokus menjaga cucunya.

Menganggap tugas menteri besar sesuatu yang “menyeronokkan”, katanya terpulang kepada persetujuan rakyat ‎jika mahu beliau digantikan dengan Dr Wan Azizah.

"Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi dan ingin bekerja kerana rakyat," katanya.
‎Bagaimanapun tindakan mengejut PKR mencalonkan Dr Wan Azizah mendapat kritikan rakyat termasuk penyokong parti itu sendiri. – 23 Julai, 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails