SEBUAH sistem pelancar
peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17
berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine
selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan
diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi
kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.

Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia
selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10
kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada
empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak
jatuh pesawat MH17.
Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal
maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.

Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak
pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu
oleh tentera Rusia.
Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana
mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan
tersebut.
(IH)
No comments:
Post a Comment