Monday, July 21, 2014

Askar Israel Ditawan Hamas, Al-hamdulillah..

GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya menawan seorang tentera zionis semasa pertempuran dengan tentera rejim itu di Semenanjung Gaza.

"Briged Qassam berjaya menahan askar Israel Shaul Harun sebagai tebusan dalam pertempuran di Gaza," kata jurucakap briged itu Abu Ubaidah, ketika muncul dalam siaran sebuah televisyen.

Jurucakap briged juga menyebut nombor kad tentera askar berkenaan. Sementara itu, beribu-ribu rakyat Palestin, turun ke jalan untuk meraikan keupayaan briged Al-Qassam menawan tebusan askar Israel itu.

Israel secara rasmi belum mengulas mengenai tuntutan Al-Qassam itu lagi. Sejak 7 Julai, rejim Israel telah menyerang Semenanjung Gaza dengan bom udara dan meriam tentera laut. Ia dikuatkan lagi dengan serangan darat yang dimulakan pada Khamis lalu.

Operasi serangan itu telah mengorbankan 425 penduduk Gaza dan 3008 yang lain cedera setakat ini. Majoriti mereka yang syahid itu adalah orang awam yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak.
http://www.harakahdaily.net/images/lain2/qasam.jpg
Sementara itu di Jurusalem, sekurang-kurangnya 26 peluru berpandu telah meletup jatuh di kawasan Israel selepas dilancar sayap kanan Hamas, Briged Al-Qassam dari Semenanjung Gaza semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails