Tuesday, July 22, 2014

Panas! Selena Gomez Sokong Gaza, Mana Artis Islam?


Selena Gomez unggah pesan dukungan buat Gaza di media sosial
Selena Gomez muat naik sebuah gambar di Instagram mengekspresikan sokongan untuk Gaza. alarabiya.net

HALAMAN HIBURAN
Bintang pop Amerika Syarikat Selena Gomez telah mencetuskan perdebatan hangat pada minggu ini, selepas dia memuat naik sebuah gambar di Instagram mengekspresikan solidaritasnya dengan warga Palestin.

Gambar sokongan itu, dengan sebuah mesej berbunyi "Ini Tentang Kemanusiaan: Doa Untuk Gaza", seolah-olah telah membuat peminat dari pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun itu terbahagi, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (20/7).

Lebih daripada 500,000 peminat setakat ini 'menyukai' mesej Selena dengan beberapa di antaranya mengulangi tanda pagar #prayforgaza. Salah satu pengguna Instagram Allisyasuraya menulis, "OMG! Saya mencintaimu Selena. Terima kasih banyak atas sokongan anda. Saya suka anda saya suka anda".

Namun peminat lain bersumpah untuk 'berhenti' mengikuti akaun Instagramnya sebagai bentuk protesPengguna dengan nama Nicolenourian berkata, "Apakah anda serius Selena? ... Memuat naik mesej ini bertentangan dengan semua peminat Yahudi anda ?. Saya sangat terhina dan jijik sekarang".

Sementara pengguna lain dengan nama Lily.Kh membuat kicauan singkat bertuliskan "unfollowed".

Gambar itu disertai dengan judul, "Tolong berdoa bagi keluarga dan bayi di sana hari ini. Tolong selalu ingat apa yang terpenting dalam hidup. Kami di sini untuk membantu, memberi inspirasi dan cinta".

Untuk melembutkan kedudukannya kembali menyusul perdebatan yang telah dia picu, Selena Gomez, memuat naik sebuah foto dirinya bersila dan bermeditasi di pantai, dengan judul: "Dan tentu saja ini harus jelas, saya tidak memilih mana-mana pihak. Saya berdoa bagi keamanan dan kemanusiaan untuk semua! ".
 

Artis-artis lain yang mengaku beragama Islam, bagaimana? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails