Sunday, July 20, 2014

Lebih Percayakan Isteri Berbanding Pemimpin PKR Lain -Utusan



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih diperlukan di Selangor berbanding Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Utusan Melayu. Gambar fail The Malaysian Insider. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih diperlukan di Selangor berbanding Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Utusan Melayu. Gambar fail The Malaysian Insider.
















Akhbar Utusan Malaysia menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sehingga akhir penggal 2018 walaupun mendapat tekanan kuat daripada ketua umum partinya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berundur.

Melalui tulisan Awang Selamat, akhbar milik Umno itu yakin Khalid tidak mudah dibuli Anwar kerana majoriti rakyat Selangor menyokongnya berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahupun Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali.

Katanya, Khalid lebih diyakini daripada segi integriti, reputasi dan akhlak sebagai pemimpin.

"PKR boleh kehilangan Anwar tetapi implikasi besar menanti jika ketiadaan Khalid di Selangor sebelum waktunya.
"Teruskan mentadbir Tan Sri, rakyat Selangor bersama anda," katanya hari ini.

Akhbar milik Umno itu berkata, semakin ramai pemimpin pembangkang termasuk daripada PKR tidak gentar lagi kepada Anwar yang sudah lemah cengkaman.
Menyifatkan isu kedudukan menteri besar sebagai 'bom jangka,' katanya Anwar kini adalah liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

"Beliau menamakan isterinya, Wan Azizah yang juga presiden boneka parti itu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sebagai pengganti Khalid.
"Awang hanya senyum, Anwar lebih percayakan isterinya berbanding pemimpin PKR lain," katanya.
Khalid pada minggu lalu mengumumkan tidak akan berundur, sebaliknya mahu terus kekal berkhidmat sehingga akhir penggal.

Media semalam melaporkan Anwar memanggil mesyuarat melibatkan ketua cabang dan wakil rakyat PKR Selangor dan membuat ketetapan Khalid tetap akan diganti dengan calon terdekat, sama ada Wan Azizah atau Azmin.

Sementara itu, Mingguan Malaysia turut menyifatkan tindakan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang mengkritik kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehingga menimbulkan kemarahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membawa agenda DAP, bukan PAS.

"Awang berharap Khalid bukan saja patut memohon maaf kepada Sultan Selangor malah ahli PAS dan umat Islam.
"Ini kerana pendirian beliau dalam beberapa isu menjejaskan imej PAS selain membawa mudarat terhadap kepentingan Islam," katanya. – 20 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

1 comment:

Anonymous said...

stuju d kokalkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails