Sunday, July 20, 2014

MAS: Tiada Permohonan Guna Laluan Alternatif


 

Malaysia Airlines (MAS) menafikan spekulasi bahawa ia menolak permohonan juruterbangnya untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelak dari menempuhi wilayah bergolak Ukraine, sebelum nahas penerbangan MH17 berlaku.

Pengara operasi MAS Izham Ismail berkata mereka tidak menerima sebarang permohonan seperti itu dari juruterbangnya.

"Ada khabar angin di Twitter bahawa juruterbang memaklumkan kepada kami bahawa laluan (yang digunakan MH17) berbahaya – tuduhan itu tidak benar.

"Tiada laporan seperti itu dari juruterbang kami,” katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang.

Izham menegaskan bahawa MAS mengutamakan keselamatan dan laluan itu telahpun disahkan selamat. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails