Saturday, July 26, 2014

Isu MB Khalid: Kenyataan Presiden PAS Tidak Rasmi -Mohamad Sabu


Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja, kata Mohamad Sabu seperti lapor The Malaysiakini.

Timbalan presiden PAS itu dilaporkan berkata, parti Islam itu sebaliknya hanya akan membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid selepas Hari Raya Aidilfitri dalam mesyuarat pada 10 Ogos.

"Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos.
"10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat," katanya seperti dipetik Antarapos.

Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi TheMalaysianInsider enggan memberikan sebarang komen sehingga keputusan dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos depan.
"Mungkin lepas raya. Mungkin dipercepatkan lagi," katanya. (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

2 comments:

Anonymous said...

Gerakan Pas Liberal dan Pas Syiah dah mula menunjuk taring untuk membaham Pas ASWAJ...

Berhati hati...tukar MB bermakna peluang menindas MAIS yg membenteras penyebaran fahaman Syiah..liberal dan memantau mengkristiankan org melayu...

Pas ASWAJ cukup lemah dan tertipu dgn tipudaya puak liberal dan Syiah..

Orang Islam diluar Pas bolih menolong sandainya PAS ASWAJ sendiri yg mengasingkan dan menentang Ahli mereka yg bathil ini... Kalau sekongkol kerana undi... tunggulah kebinasaan diri sendiri..

Anonymous said...

Iyola tuh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails