Tuesday, July 22, 2014

Gaza: Maut, 573 Penduduk Palestin, Israel 25. Komander Israel Parah.


Lagi, israel tewaskan 10 orang saat “malming”


GAZA: Anggota sayap kanan Hamas Briged Al-Qassam, semalam bejaya menembak seorang komander unit peninjau elit tentera Israel dalam pertempuran sengit di sini semalam. Ianya turut disahkan akhbar harian Israel Yediot Ahronot yang mendakwa komander terbabit cedera parah.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan nama komander terbabit namun menyebut ia adalah dari sumber rasmi tentera rejim. Serangan tentera Israel terhadap penduduk Gaza bermula sejak 7 Julai lalu dengan bedilan roket, serangan udara, laut dan juga darat.

Puluhan ribu tentera Israel dikerah dalam operasi 'pembunuhan' rakyat Palestin kali ini. Setakat ini sekurang-kurangnya 573 penduduk Gaza dilaporkan maut, 3400 lagi cedera yang majoritinya adalah orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Briged Al-Qassam juga turut melancarkan serangan balas sebagai mempertahankan Gaza dari terus diserang. Sehingga kini lebih 25 tentera Israel maut dan lebih 90 lagi cedera dalam operasi ini. - HARAKAHDAILY 22/7/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails