Thursday, July 24, 2014

Ini Bukti, Hamas Berjaya Tundukkan Israel..





KL: Ini salah satu buktinya, Hamas telah berjaya tundukkan Israel. Mantan Pendeta Yahudi bagi tentera Zionis, Ovijaa Rontsakhi menolak keputusan Menteri Kabinet Israel agar melakukan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Rontsakhi dalam kenyataannya yang disiarkan dalam media massa Ibrani pada hari selasa menganggap gencatan senjata bersama gerakan Palestin itu bermaksud Hamas berjaya menundukkan seluruh negara ke lututnya.

Beliau berkata lagi, Hamas tidak kisah berapa banyak peluru berpandu yang telah membunuh. Namun yang penting baginya ialah imej Israel yang melarikan diri balik ke kem pelarian. Keputusan Kabinet itu  akan menguatkan roh perjuangan kepada Hamas yang membolehkan mereka mengalahkan Israel.

Hamas dan rakyat Palestin mendapat kekuatan melalui semangat perjuangan kerana mereka tidak mempunyai kereta kebal atau pesawat udara. Oleh itu, keputusan itu menjadikan mereka mampu memiliki negara ini sepenuhnya dan menyebabkan Israel benar-benar melarikan diri ke kem
pelarian.

(IH/sumber http://www.palestine-info.info/ar/)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails